18,489 Individu Telah Terima Suntikan Penggalak

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter

KUANTAN : Sebanyak 18,489 individu di negeri ini telah menerima suntikan dos penggalak setakat semalam.

Pengarah Kesihatan Negeri Pahang, YH. Dato’ Dr. Nor Azimi Yunus berkata suntikan ini diberikan bermula pertengahan bulan lepas kepada petugas barisan hadapan.

“Secara umumnya sehingga semalam, kita telah beri suntikan dos penggalak ini kepada 18,489 orang yang melibatkan tiga kategori utama iaitu frontliners, warga emas, dan pesakit komorbid.

“Bagi booster kepada petugas frontliner, kita telah mula pada 15 Oktober lepas dan untuk bukan frontliner pula kita mula pada 28 Oktober yang mana mereka akan dapat notification daripada MySejahtera,” katanya.

Pengarah Kesihatan Negeri Pahang, YH. Dato’ Dr. Nor Azimi Yunus.

Beliau berkata demikian kepada media selepas Majlis Bersama Media: Sepetang Bersama Pengarah Kesihatan Negeri Pahang Tahun 2021 di Hotel Grand Darulmakmur, semalam.

Menurut beliau lagi, pihaknya menjangkakan sebanyak 756,994 individu akan menerima suntikan dos penggalak ini daripada tiga kategori utama.

“Kita jangkakan sebanyak 55,468 individu daripada kategori frontliner akan terima suntikan booster ini.

“Manakala daripada kategori warga emas kita sasarkan sebanyak 160,178 individu, dan sebanyak 541,348 individu lagi adalah daripada kategori pesakit komorbid,” katanya.

Setakat semalam, sebanyak 1,133,335 individu di negeri ini telah menerima suntikan lengkap vaksinasi COVID-19 iaitu 67.5 peratus manakala 1,170,536 individu atau 69.7 peratus telah menerima suntikan dos pertama.

Sumber: PAHANGMEDIA