Terlalu Sibuk Kejar Dunia Dan Populariti, 2 Perkara Ini Jentik Hati Kak Love Untuk Berubah

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter

Bagi yang mengenali jurusolek terkenal Kak Love pasti terkejut apabila melihat perubahan imej berniqab. Beliau juga mengumumkan persaraannya daripada bidang solekan tahun lalu.

Peminat personaliti media sosial ini tertanya-tanya dengan keputusan dibuat itu memandangkan beliau cukup aktif sebagai jurusolek selain mengadakan kelas solekan dan tutorial di laman sosialnya.

Menyingkap penghijrahannya itu, pemilik nama sebenar Shazreeyana Shukri, 36, ini memberitahu dia menganggap perubahannya itu adalah proses menjadikan versi dirinya lebih baik.

Malah kata jurusolek itu, ia bukan sekadar tentang pakaian dan niqab tetapi membetulkan dalaman dan hubungannya dengan sang pencipta.

“Sejujurnya saya tidak sedar pun Allah beri hidayah kepada saya tetapi sejak tahun lalu hati saya seperti terjentik untuk memperbaiki diri.

“Saya tertanya sepanjang bernafas di bumi Allah ini, apa saya telah lakukan untuk menggembirakan pencipta saya walhal Allah memberikan pelbagai kesenangan kepada diri saya,” katanya kepada mStar.

Pandemik, Isu Palestin Jentik Hati

Pandemik yang melanda seluruh dunia sejak tahun lalu membuatkan beliau banyak muhasabahkan diri.

Kata Shazreeyana, Covid-19 mempunyai hikmah yang tersendiri dan bagi dirinya sendiri ia meninggalkan rasa manis kerana ia titik tolak perubahan dalam hidupnya.

“Saya sibuk dengan dunia, kejar populariti, harta dunia… Hak Allah saya abaikan sebab sibuk mengejar benda yang bersifat sementara.

“Pandemik telah banyak membuatkan saya berfikir mengenai tanggungjawab sebenar saya, apa yang saya mahukan dalam hidup secara perlahan-lahan saya cuba memperbaiki diri,” katanya.

Apabila mula memahami tentang pelbagai persoalan bermain dalam fikirannya, beliau mula melihat objektif baharu dalam hidupnya.

“Pandemik juga membuatkan saya fokus dan merenung kembali tentang diri sendiri. Tempoh ini banyak saya gunakan untuk fokus mencari ‘puzzle’ yang hilang dalam hidup saya.

Isu pergolakan di Palestin juga membuatkan Shazreeyana terfikir bagaimana masyarakat di sana cukup reda dan tenang dengan semua ujian diberikan seperti peperangan, kehilangan ahli keluarga dan penindasan berterusan pihak Zionis.

“Saya terpegun dengan ketabahan mereka dan saya tertanya-tanya, sekiranya jadi pada saya, apa reaksi dan tindakan saya?

Betulkan Hubungan Dengan manusia

Beliau berkata, dia memulakan dengan membetulkan hubungan dengan manusia dalam proses menjadi insan lebih sempurna.

“Ada kawan-kawan yang sudah lama tidak berhubung atau bertegur sapa, saya mula cari dan betulkan hubungan dengan mereka.

“Saya ambil peluang meminta maaf dengan mereka agar tiada sebarang rasa kecil hati atau terluka. Tidak mengapa jika bukan kita yang salah, saya tetap minta maaf.

“Mahu selesaikan semua tanpa mengungkit apa-apa… Sekiranya berbuat dosa dengan Allah, kita boleh minta ampun denganNya kerana Allah itu maha pengampun lagi mengasihani.

“Tetapi dengan manusia, sekiranya mereka tidak maafkan, Allah juga tidak ampunkan. Saya jadi takut dan insaf apabila mengenangkan perkara itu,” katanya.

Niqab Kerana Takut Dengan Diri Sendiri!

Beliau memberitahu keputusannya mengenakan niqab bukan kerana mengikut trend sebaliknya ia dilakukan demi diri sendiri.

Malah kata ibu kepada dua cahaya mata ini, dia sendiri tidak pernah terfikir untuk mengenakan niqab namun apabila mengenakannya buat kali pertama hatinya menjadi tenang.

“Ada juga yang terkejut dan bertanya kenapa berubah sampai mengenakan niqab tetapi apa yang saya lakukan ini adalah demi diri sendiri dalam mengelak ada timbul rasa riak dan ujub apabila bertemu orang lain.

“Sebagai seorang wanita saya cukup sukakan kecantikan dan dahulu selalu terdetik dalam hati agar orang tengok dan puji kecantikan saya.

“Saya bimbang akan timbul rasa itu dan sebab itu saya ambil keputusan untuk memakai niqab sebagai perisai saya sendiri daripada godaan dan mengelak daripada timbul rasa riak dan ujub dalam diri,” ujarnya.

“Jika ada orang doakan yang baik-baik, kita aminkan dan ucap Alamdulillah. Jika ada perkara-perkara kurang enak kita perlu sabar dan reda.

“Pada saya kita perlu bersyukur Allah hadirkan orang-orang begini dalam perjalanan ini kerana ia adalah ujian dan tanda Allah sayangkan kita.

“Jangan berdebat sebaliknya titipkan doa buat mereka dalam doa kita agar mereka juga sentiasa dilindungi serta menjadi insan lebih baik,” katanya.

Sumber: MSTAR