Kisah Nabi Yunus Dan Ikan Yu (Kelebihan Doa Nabi Yunus)

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter

Doa nabi Yunus adalah salah satu doa yang paling mustajab. Ini kerana terdapat kelebihan dan kisah disebalik doa tersebut. 

Kisah Nabi Yunus Dalam Perut Ikan Yu

Nabi Yunus AS atau nama sebenar beliau ialah Yunus bin Mata atau Zun Nun. Baginda adalah seorang nabi yang diutus oleh Allah kepada kaumnya. Baginda berdakwah kepada kaumnya dan membimbing mereka ke jalan kebenaran namun tidak ada seorang pun yang beriman kepada Allah.

Lalu baginda berasa marah dan meninggalkan kaumnya yang degil itu dan menaiki sebuah kapal. Semasa di tengah laut, kapal yang dinaiki Nabi Musa dilanda badai lalu untuk mengelakkan kapal karam, mereka mengundi untuk mencampakkan nama yang terpilih ke dalam laut.

Setelah tiga kali undian dibuat, Nabi Yunus terpilih lalu baginda dicampakkan ke dalam laut. Sebaik sahaja dicampakkan ke dalam laut, baginda telah ditelan oleh seekor ikan yu lalu dibawa ke dasar lautan yang dalam dan gelap.

Pada mulanya Nabi Yunus menyangka baginda telah mati namun apabila tersedar baginda masih hidup lantas nabi Yunus mula menangis dan bertasbih kepada Allah dengan menyebut:

“La ilaha illa anta, Subhanaka, inni kuntu minaz zhalimin”

Maksudnya: Tidak ada tuhan selain Engkau, Maha suci Engkau. Sungguh aku termasuk orang yang zalim.

Ikan yu berenang sangat jauh dan tertidur di dasar lautan. Sepanjang terpenjara di dalam perut ikan tersebut baginda selalu bertasbih kepada Allah. Allah menurunkan perintah kepada ikan itu supaya membawa baginda ke permukaan laut dan membuangnya di suatu pulau. 

Nabi Yunus terselamat kerana baginda tidak henti-henti bertasbih kepada Allah dengan penuh yakin dan ikhlas.

Kelebihan Doa Nabi Yunus

Terdapat 1001 kelebihan yang ada pada doa nabi Yunus dan salah satu daripadanya ialah:

  • Diperkenankan doa dan permintaan

Jika mempunyai hajat atau permintaan, doa ini adalah yang paling sesuai dibaca. Dengan izin-Nya, akan diperkenankan doa dan permintaan orang yang membaca doa ini. 

  • Dibebaskan dari bala dan kesusahan yang menimpa diri

Jika sedang diuji dengan kesusahan, banyakkan membaca doa ini. Allah akan melepaskan si pembacanya dari kesusahan.

  • Mudah bersalin

Bagi ibu-ibu yang menunggu masa untuk bersalin sangat digalakkan untuk membaca doa ini bagi memudahkan proses bersalin dan kedua-dua ibu dan bayi selamat.

  • Dipermudahkan urusan

Kita disarankan membaca doa ini sambil memohon supaya Allah memudahkan urusan seharian kita. Bagi sesiapa yang mengamalkan doa ini akan dipermudahkan urusannya.

  • Dijauhi dari bala dan musibah

Jika diamalkan doa ini setiap hari akan menjauhkan kita dari bala dan musibah.

Demikianlah kelebihan doa Nabi Yunus yang seharusnya diamalkan dalam kehidupan seharian. Semoga bermanfaat.

Sumber: BIDADARI