Minimakan Impak Buruk Banjir Di Sektor Pertanian – Dr Azman

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Dr Azman Ibrahim

BESUT – Kerajaan Negeri mengambil langkah meminimakan impak buruk sekiranya berlaku bencana banjir akibat musim tengkujuh serta menyeru warga tani agar terus berwaspada akan sebarang kemungkinan.

Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Makanan, Perladangan, Komoditi dan Pembangunan Luar Bandar negeri, Dr Azman Ibrahim berkata, antara risiko impak selesai dikurangkan seperti sektor padi yang telah selesai musim penuaian.

“Antara kebimbangan kita bila musim kedua atau padi luar musim, selalunya kita agak kesuntukan waktu kerana terpaksa berkejar dengan musim banjir.

“Namun begitu, Alhamdullilah hasil warga petani telah menyelesaikan kerja menuai dan dalam bulan Disember atau Januari tahun hadapan, musim utama dalam sektor penanaman padi dapat dimulakan,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas merasmikan program penyerahan Bakul Makanan MAFI Prihatin Peringkat Negeri Terengganu 2021 di Dewan Sivik Jabi, semalam.

Tambah beliau, peringatan turut dikeluarkan buat warga penternak ikan terutamanya ikan air paya yang bergiat di kawasan laguna atau kuala untuk peka dengan keadaan cuaca dan sekeliling.

“Apabila berlaku hujan di kawasan tersebut, air tawar turun akan menyebabkan kadar kemasinan air di kuala menurun yang boleh menyebabkan berlaku kematian ikan ternakan.

“Perkara ini sudah dimaklumkan buat para penternak akuakultur kita, seperti bias akita akan cuba mengurangkan impak apabila berlaku bencana sedemikian.

“Walaupun tidak dapat mengelakkan bencana, kita sediakan Tabung Bencana Pertanian Terengganu bagi membantu penggiat tani yang mengalami kerosakan tanaman dan kematian ternakan akibat bencana,” katanya lagi.

Sumber: TRDI News