Messi Tewaskan Lewandowski, Rangkul Ballon d’Or Ketujuh

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter

Anugerah Ballon d’Or 2021 akhirnya menjadi milik Lionel Messi yang menewaskan dua lagi calon iaitu Robert Lewandowski dan Jorginho yang masing masing berada di tangga kedua dan ketiga.

Anugerah Ballon d’Or 2021 akhirnya menjadi milik Lionel Messi yang menewaskan dua lagi calon iaitu Robert Lewandowski dan Jorginho yang masing masing berada di tangga kedua dan ketiga.

Dengan kejayaan Ballon d’Or 2021 ini, Messi kini sudah mengumpul keseluruhan 7 Ballon d’Or di dalam kabinetnya.

Robert Lewandowski dianggap sebagai pencabar utama dan calon pilihan untuk memenangi Ballon d’Or kali ini selepas tiada edisi untuk tahun 2020 yang lalu kerana France Football tidak mahu menganjurkan acara itu di tengah pandemik yang melanda dunia terutama sekali di Perancis.

Pada edisi kali ini, Lionel Messi sekali lagi berjaya memenangi Ballon d’Or. Dan kini beliau sudah mengatasi Cristiano Ronaldo dengan 2 Ballon d’Or lebih banyak.

Messi sebelum ini berjaya membantu Argentina memenangi Copa America. Ianya kejayaan pertama Messi bersama dengan Argentina selepas memenangi kesemua trofi di peringkat kelab.

Messi kini bermain untuk PSG di Perancis. Menyertai kelab itu musim panas lalu secara percuma.

Messi dalam ucapannya memberikan penghargaan kepada naib juara Ballon d’Or 2021, Robert Lewandowski dan berpendapat bahawa pemain itu berhak memenangi Ballon d’Or untuk tahun 2020 yang lalu.

Messi mengatasi Lewandowski dengan lebih daripada 30 undian akhir.

Selain daripada Messi, pemain wanita Barcelona, Alexia Puttelas memenangi Ballon d’Or Wanita. Dan pemain muda Barca, Pedri memenangi anugerah Kopa, untuk mengiktiraf pemain muda terbaik.

Sumber: VOCKET FC