Jagalah Solat, Kerana Air Tangan Orang Yang Tidak Solat Akan Menggelapkan Hati

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter

Air Tangan Orang Yang Tidak Solat

Semua orang tahu bahawa kalau meninggalkan solat adalah berdosa besar. Orang yang meninggalkan solat lebih hina daripada khinzir. Betapa hinanya kita kalau meninggalkan solat seperti yang dikisahkan pada zaman Nabi Musa AS.

Kisahnya, pada zaman Nabi Musa, ada seorang lelaki yang sudah berumahtangga namun dia belum dikurniakan zuriat. Lalu dia bernazar jika dia mendapat anak, dia akan minum air kencing anjing hitam. Allah pun mengurniakan isteri lelaki tersebut hamil dan melahirkan anak. 

Syariat pada zaman Nabi Musa berbeza dengan syariat yang turun untuk umat Rasulullah. Jika umat Nabi Muhammad bernazar sesuatu yang haram maka tidak boleh dilaksanakan namun dikenakan denda (dam) atau sedekah.

Namun jika bernazar di zaman Nabi Musa, meskipun nazar itu sesuatu yang haram tetap perlu dilaksanakan. Lalu si lelaki itu pergi bertemu dengan Nabi Musa dan menceritakan segala yang terjadi kepada dirinya.

Lalu, Nabi Musa menjawab bahawa lelaki itu tidak perlu minum air kencing anjing hitam tetapi perlu minum air yang lebih hina dari air kencing anjing hitam. Nabi Musa perintahkan lelaki itu pergi menadah air yang jatuh dari bumbung rumah orang yang tinggalkan solat dan minum air itu.

Lelaki itu pun senang hati dan menjalankan apa yang diperintahkan oleh Nabi Musa tadi.

Di sini kita dapat lihat betapa hinanya orang yang meninggalkan solat. Itu baru air bumbung rumah, belum air tangan lagi.

Selalunya kita suka makan masakan ibu atau isteri. Jika isteri dan ibu meninggalkan solat lalu kita makan makanan yang dimasak oleh mereka akan menyebabkan hati kita dan anak-anak menjadi gelap disebabkan minum dan makan dari air tangan yang tidak solat.

Begitu juga jika kita makan di kedai makan. Ada segelintir tukang masak di kedai tersebut yang tidak solat. Kita pula pergi makan bekas air tangan tukang masak itu. Lama kelamaan hati kita akan menjadi gelap dan malas membuat kebaikan. 

Ketika Rasulullah sedang nazak, sempat baginda berpesan kepada Saidina Ali (dan untuk umat Islam), “As-solah as solah wa amalakat aimanukum”. Maksudnya, “Solat, solat jangan sekali kamu abaikan dan peliharalah orang-orang yang lemah di bawah tanggunganmu..”

Ambillah pengajaran dari kisah ini untuk ahli keluarga kita bersama. Semoga kita terhindar daripada melakukan perkara yang dimurkai Allah.

Sumber: HIJABISTA