Kerana Kau Raisha

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter

Raisha membelek beg dompetnya, lalu dia mengeluh lemah.

“Mampu ke aku bertahan sampai hujung bulan ni? Ishh kusutlah kepala otak aku ni! Ada bapak pun tak guna, dasar pemalas! Tidur jela kerjanya.” keluh Raisha di dalam hati.

Raisha seorang gadis yang boleh dikatakan agak kental, dari kecil dia sudah pandai berdikari, serba boleh orangnya. Walaupun dia perempuan, dia mampu menunjukkan yang dia mampu melakukan kerja-kerja lelaki malah dia pun boleh memasak, senang cerita Raisha seorang gadis yang brutal. Kini, Raisha berhadapan dengan masalah di mana tempat dia bekerja selama ini terpaksa ditutup disebabkan pandemik Covid-19. Raisha semakin kusut disebabkan banyak perkara yang perlu dibayar termasuklah yuran pengajian adiknya.

“Sha? Kau okay tak ni? Risau pula aku, kau ni asyik termenung je sejak dua menjak ni. Cuba kau share dengan aku. Kita kan bff,” sambil menepuk bahu Raisha.“

“Hurmm, aku ni tengah pikir nak cari kerja barulah Jie. Aku kena berhenti kerja wey! Kau boleh tolong aku ke Jie? Tak bolehkan?.sebab kau pun tengah kusut dengan masalah hidup kau yang tak pernah selesai tu. Aku tahu…,” masih mengeluh.

“Ala Sha, kau pun kenal aku kan..aku ni boleh je tolong kau. Kau kena ingat Sha, aku sentiasa ada dengan kau. Ingat tu! Tak pun kan Sha, kau tak payah pening-pening. Kita kawin nak tak? Aku boleh sara kau, kau dah tak payah risau lepas ni, pasal adik kau pun aku boleh tanggung. Kau tinggal kawin dengan aku je, settle masalah,”

“Kau ni kan Jie ada juga kena teranjang dengan aku. Kau ingat benda ni lawak ke?”

“Eh kau ni Sha, aku serius ni. Aku ni dahlah handsome, bergaya, ciri-ciri suami yang soleh, duit pun aku ada. Cakap je apa yang kau nak, Insya-Allah aku boleh bagi selagi aku mampu Sha oii,”

“Kau ni Jie!” sambil memulas telinga sahabat baiknya itu.

“Adoi!! Aduyai ganas betullah minah ni, rejectlah jadi isteri aku.” gurau Azizi namun hakikatnya di dalam hatinya masih menaruh harapan yang tinggi terhadap Raisha untuk menerimanya sebagai suami. Dia sudah lama sukakan sahabatnya itu. Namun, Raisha buat-buat tidak tahu mengenai perasaanya.

“Along, ohh long…bilanya nak masak, aku dah lapor ni,” jerit Razif dari dapur setelah melihat tiada apa-apa hidangan di atas meja.

“Sabarlah Zif, along masak kejap lagi ya. Along tak sihat ni,” dalih Raisha cuma menutup rahsia bahawa dia tidak mempunyai wang untuk membeli lauk.

“Ohh, along tak sihat ke? Hah, tak apalah kalau macam tu, aku makan kat luar jela. Duit belanja yang kau bagi tu masih ada lagi. Along nak apa-apa tak?”

“Along tak nak apa-apa pun, pandailah along masak nanti bila along nak makan,”

Okay, Zif gerak dulu. Pape roger-roger okay. Zif balik lambat sikit tau long. Jangan risau, bye!”

“Ehh, kejap! Ingat pesan along, berjimat-cermat, jangan makan mewah-mewah sangat. Ingat asal usul kita tau,”

“Baik long,” sambil tabik spring terhadap Raisha.

Raisha memanjat kesyukuran kerana mempunyai adik yang memahami. Apa yang mengkusutkan kepalanya, macam mana cara dia nak larikan diri dari ayah dia. Dia kalau boleh, tidak mahu tinggal sebumbung lagi. Biarlah dia tinggal berdua dengan adiknya sahaja. Susah senang biar mereka dua beradik je. Umpama bela biawak hidup sahaja. Sungguh geram dan marah Raisha terhadap ayahnya yang pemalas itu.

Hello Sha! Wei, aku ada berita baik punya untuk kau. Mesti kau suka punya. Nanti dah kaya jangan lupa aku tau!”

“Hah iya, apa yang baiknya Jie. Aku tak ada mood ni. Jangan buat lawak bodoh kau kat sini ya. Aku warning awal-awal ni,”

“Eh kau ni, aku serius ni. Sumpah aku serius. Nak dengar tak?”

“Hah apa dia? Cepat sikit,”

Okay-okay, kau ni Sha sepanjang masa ke period? Cuba lemah-lembut sikit, barulah ayu je. Okay, first aku nak bagi tahu kau ni, yang kau dah dapat kerja baru. Gajinya mahsyuk beb, kau tak payah pikir lama sangatlah. Terima je okay, lagipun aku dah bagi tahu akak aku yang kau dah setuju,”

“Ehh serius arr, alhamdullillah. Tapi aku kena pikir juga Jie, takkan kalau kena jual badan pun aku kena terima juga kan, kau ni pun mintak kena siku dengan aku ni!”

Okay, listen to me my sweetheart aka my beautiful bff. Takkan aku nak bagi bff aku yang lawa ni buat kerja tak elok pulak. Otak kau pergi mana ya? I’m not stupid okay.. First of all, kerja yang kau dapat ni, kau kena kemas rumah. Kira macam jadi maid lah plus kau kena jaga anak tuan rumah tu. easy isn’t it??”

“Aku tak ada masalah pun kerja jadi maid pun Jie, aku okay je. Tapi bab jaga budak tu kan.. mak budak tu mana? Kerja ke? Ayah dia? Dah lama beb aku tak jaga budak, nanti budak tu takut dengan aku yang ganas ni nanti. Ghisau,” Raisha mencebik mulutnya.

Okay macam ni, rumah yang kau kena pergi ni..bos akak aku tau beb. Dia tu duda anak satu, bini dia dah lama mati. Excident..kau cubalah dulu seminggu dua, kalau budak tu serasi dengan kau just proceedlah kerja kat situ. Settle masalah,”

“Amboi…senangnya kau bercakap ya Jie. Aku bagi sebijik baru kau tahu,”

“Alamak minah ni, cuba relax. Tak elok perempuan marah-marah, tak ayu. Kau tu dahlah marah macam giant takut nanti budak tu dengan kau. Kau kena practice jadi ayu dari sekarang. Taklah terkejut beruk bos akak aku tu nanti tengok perangai kau melayan anak dia,”

“Hah..lagi satu aku nak bagi tahu, dia tu cerewet tau orangnya and dia tak suka kalau masa dia ada kat rumah, orang asing pun ada kat rumah dia. Jadi, kau kena duduk rumah dia sampai dia balik. Tapi..jangan sesekali bertembung dengan dia. Nanti kau nak keluar guna pintu belakang ingat tau. Kang, tak pasal-pasal kau kena kawin free dengan dia. Kau nak?”

No problemlah beb, kecik punya hal. Kemas and jaga budak je pun. Aku pun tak hingin nak bertembung dengan dia. Dengar pasal dia pun aku dah tahu muka dia macam mana.” kata Raisha sambil memikirkan majikannya itu bertubuh gempal, bermisai, rambut sedikit haus and perut boroi. Lalu tawa kecil Raisha terkeluar.

Tatkala Raisha menjejak kakinya dirumah itu, matanya agak terpana. Betapa mewah dan bersih rumah itu.

“Apa yang nak dibersihkannya, semua dah bersih!” katanya sambil meninjau semua kawasan untuk mencari kawasan yang perlu dibersihkan.

“Bibik, saya nak bibik masak untuk saya hari ini. Semua lauk pauk ada dalam peti ais, masak je apa-apa. Saya suka makanan pedas tapi jangan terlalu pedas dan jangan lupa bagi Mika sekali. Bibik hari ni tak perlu kemas, bibik cuma perlu jaga anak saya dan masak sahaja. Bermula esok, baru bibik kemas ok? Selamat bekerja bibik baru! Masak sedap-sedap (ikhlas ingatan dari majikanmu-Adam),” nota yang ditinggalkan dibilik Mika dibaca dengan cerlungan tajam dari Raisha.

“Apa? Dia panggil aku bibik! Suka hati je mulut pak cik ni! Ni lagi satu, bila masa pula aku kena masak ni. Azizi!!! Siap kau nanti!”

Dengan hati yang membuku, Raisha membuka peti ais untuk melihat apa isi di dalamnya.

“Huishh, bapak arr banyaknya. Orang kaya kan..lupa. Tak mampu aku nak beli macam dia ni. Haih..nak masak apa ya? Aku ni bukan tahu pun nak masak western-western ni, ala-ala kampung bolehlah..hah hentam jela labu.”

Lalu, Raisha mula beraksi di dapur yang mewah itu. Otaknya hanya memikirkan lauk kegemaranya, ayam masak lemak cili api and kacang buncis goreng. Settle! Kita masak tak pedas sangat nanti ada pula aku yang kena pecat. No! I need this job. Mahsyuk beb, kalau aku kerja 2,3 bulan lagi bolehlah aku cari rumah lain nanti,” berangannya.

“Hmm..budak kecik ni? Aku buatkan nestum tambah dengan biskut marie jela, so yummy.” katanya sambil disisi dia mendukung si kecil itu. Mika suka benar dengan Raisha. Tak buat perangai langsung.

Setelah Raisha melihat sahaja kereta milik Adam di parking kereta, lalu bergegas dia meletak Mika di tempat tidur perlahan-lahan, takut Mika terjaga. Puas Raisha memujuknya untuk tidur. Selepas itu, dia terus menyelinap keluar dari pintu belakang.

Manakala Adam pula, dia masuk dengan muka yang tegang lalu menuju terus ke bilik anaknya. Alangkah dia terkejut, si kecil itu sedang enak dibuai mimpi. Setahunya, anaknya itu sukar untuk tidur. Main saja kerjanya dan susah nak mesra dengan orang asing selain dirinya dan Nek Jah dulu. Di dalam hatinya memuji kehebatan bibik barunya itu.

Usai sahaja membersihkan diri, Adam terus menuju ke dapur untuk menjamu selera. Perutnya sudah kelaparan. Namun, matanya lebih tertarik terlihat nota di peti ais.

“Wahai bosku yang ku menurut perintah, tu saya dah masakkan lauk untuk bos. Tapi, saya tak tahu selera bos macam mana plus saya tak tahu nak masak western-western ni ye bos. Jadi saya masak lauk simple-simple sahaja. Nanti kalau bos nak makan, bos hangatkan balik okay. Sedap kalau makan panas-panas. Okay bos, selamat menjamu selera bos. By the way bos, saya bukan bibik. Nama saya Raisha bos. (yang benar, Raisha yang cantik).” nak tergelak Adam membacanya apabila Raisha memberitahu namanya bukan bibik tetapi Raisha yang cantik.

“Hurmm..sedap bau,” sambil menjengkitkan keningnya dan sedikit teruja untuk merasai air tangan bibik barunya itu.

“Hmm…boleh tahan..sedap dia masak. Okay lepas ni, aku nak dia selalu masakkan untuk aku. Boleh gemuk aku macam ni. Macam tahu-tahu je favourite aku ayam masak lemak cili api. Bagus-bagus.” pujinya melambung-lambung.

Selesai sahaja dia meluangkan masanya di atas sejadah, dia terus mencapai telefon bimbitnya dan mendail nombor telefon Azizi.

“Woi Jie! Kuang ajor ya kau ni, tak bagi tahu aku pun yang aku kena masak kat rumah si mamat cerewet tu. Payah tau aku nak pikir, otak aku blur sekejap nak masak apa,”

“Assalammualaikum Nur Raisha binti Abdul Majid,” sebijik Azizi beri kepada Raisha lalu Raisha menelan air liur kerana lupa ingin memberi salam.

“Hihi..Waalaikumussalam Mohd Azizi bin Dato Azrul. Maaf,” tanda bersalah.

“Hah tahu pun nak jawab salam. Eh kau ni Sha, cubalah control sikit perangai baran kau tu. Ya salah aku, akak aku baru bagi tahu pagi tadi. Aku lupa nak bagi tahu kau balik, ingatkan kau dah tahu..,”

“Ya..aku tahu bila aku sampai sana and baca nota dari mamat cerewet tu!”

So..start esok, tugas kau kena mengemas kecuali bilik dia, memasak dan jaga si Mika. Itu sahaja kerja kau. Lagi satu, aku parking kereta bos kau jauh sikit dari rumah kau. Kereta dia Honda Jazz warna biru. Nanti kau carilah…aku risau ayah kau tahu sebab tu aku parking jauh sikit, kuncinya aku letak dalam almari kasut kat luar rumah kau tu. So, bermula esok kau pergi kerja naik kereta tu. Minyak aku isi full. Jangan risau, kau cuma perlu bawa kereta dengan berhati-hati sahaja. Tu semua pesanan dari akak aku,”

Wait..wait..dah kenapa aku kena bawa kereta mamat cerewet tu pula. Aku ada motor kan? Tak payah nak susah. Aku tak nak!”

Hello cik Raisha! Kau bawa kereta tu bersebab. Bos kau tu takut kalau-kalau anak dia sakit ke apa ke..barang dapur tak sempat beli ke..tak kisahlah sebab apa pun, kau boleh guna kereta tu. Ishh kau ni, rezeki jangan ditolak, musuh jangan dicari. Untung dapat bos yang caring macam gitu.” lalu Raisha akur dengan permintaan karut mamat cerewet tu.

Pejam celik sudah hampir 6 bulan Raisha bekerja dengan Adam dan selama 6 bulan jugalah mereka belum pernah bertentang dua mata. Namun, peristiwa yang tidak dijangka telah berlaku. Sewaktu Raisha sedang menahan sakit perut di dalam tandas bilik Mika, mereka telah bertentang mata buat kali pertama. Alangkah terkejutnya Raisha ketika itu.

“Ohhh mak kau!!!” latah Raisha kerana terkejut apabila dia keluar sahaja dari tandas dia melihat orang yang tidak dikenali sedang duduk di sebelah Mika.

“Hei! Awak siapa hah? Berani ya awak sentuh anak saya ni! Keluar dari sini sekarang! Kejap lagi suami saya baliklah,” marah Raisha. Tetapi Adam geli hati melihat gelagat Raisha untuk menipu itu anaknya.

“Hello cik pengasuh! Betul ke awak ni mak budak ni? Macam tak je?” duga Adam.

“Alamak dia ni, sibuk nak tanya betul ke tak? Kau siapa? Bos aku?” katanya di dalam hati.

“Hah..ngumpat dalam hatilah tu! Cepat! Jawab soalan saya!”

“Suka hati awak je nak paksa-paksa saya, awak bukan suami saya pun. Betul tak sayang?” kata Raisha sambil mengelus pipi gebu Mika dan Mika tersenyum sahaja tanda gembira melihat telatah pengasuh kesayangannya.

“Eh cik pengasuh! Saya berhak tahu tau, kalau awak cakap ni awak mak dia, hah saya pula ayah dia dan suami kepada awaklah kalau macam tu!” sambil tersenyum sinis saja mahu menakutkan Raisha.

“Boleh tahan cantik juga minah ni. Ada juga perempuan macam ni nak jadi maid and pengasuh pula tu. Amazing. Suka-suka,” pujinya di dalam hati melihat penampilan Raisha yang sungguh cantik persis anak arab. Mata hitamnya yang besar, hidungnya yang mancung, kulitnya yang putih kemerahan dan bertambah ayu bila dia bertudung.

“Aduhai mamat sewel ni apahal tengok-tengok aku ni! Tahulah aku ni cun melecun. Ke dia nak apa-apakan aku? Mak..tolong Sha mak..ya Allah selamatkan maruah dan kesucianku ini Ya Allah, kau jauhkanlah aku dari perkara-perkara yang laknat disisiMu Ya Allah,” Raisha sudah tidak sedap hati apabila Adam semakin menghampiri ke arahnya. Ligat otaknya memikir mahu menyelamatkan diri. Lalu, dengan pantas dia menentang kemaluan lelaki itu dan berlari keluar dari bilik sambil mendukung si kecil itu.

“Papa..papa..mama Sha, papa..sian papa..papa nangis. Mika nak tolong..,”

“Papa?”, hah mampus aku. Mamat sewel tu si mamat cerewet tu ke? Ya Allah aku dah buat salah besar ni. Mampus kalau aku kena buang kerja. Tapi..siapa suruh dekat-dekat dengan aku. Hah makanlah tendangan maut aku tu. Padan muka.” kata Raisha tanda berpuas hati.

Di ruang tamu suasana menjadi agak tegang dan sunyi. Raisha sudah ketakutan, serba salah namun di dalam hatinya puas kenakan si mamat cerewet itu.

“Ini I nak tanya you, siapa nama you ya bibik? I dah lupa,” saja Adam menunjukkan dirinya yang sedikit kekwat dan garang.

“Hmm you boleh panggil I Sha saja, nak panggil Raisha pun boleh wahai mamat cerewet,” jawab Raisha yang memperlahan suaranya apabila menyebut mamat cerewet namun sampai ke telinga Adam.

“Apa you panggil I? Mamat cerewet?? Berani you ya?” Adam sahaja membesar matanya untuk menakutkan-nakutkan Raisha.

Sebenarnya di dalam hati Adam sudah mula terpikat dengan sikap dan layanannya terhadap Mika. Bagi Adam, Mika adalah segala-galanya. Selepas kematian isterinya, Adam menjadi paranoid yang sangat dahsyat. Bersilih ganti orang yang bekerja dirumah itu. Semuanya dia berhentikan. Hakikatnya, Adam sudah lama memerhati gelagat Raisha melalui cctv. Jadi, apa yang Raisha lakukan selama ini dia nampak. Ada aksi lucu dan ada juga aksi yang menyejukkan hati. Raisha langsung tidak tahu tentang kewujudan cctv tersembunyi itu. Raisha hanya tahu selama sebulan dia bekerja disitu, itu adalah kali pertama mereka berjumpa.

Sejak peristiwa itu, Raisha dan Adam semakin kerap kali berjumpa. Adam langsung tidak marah atau pun tidak rasa selesa jika Raisha ada dirumah itu. Raisha cuma rasa hairan apa yang dikatakan oleh Azizi tidak sama sekali benar tetapi sikap majikannya yang cerewet itu adalah benar.

Di saat kemesraan semakin mekar dalam hubungan mereka, Raisha cuba sedaya upayanya untuk menyembunyikan perasaan kasih dan sayangnya terhadap majikannya. Azizilah tempat dia mengadu selama ini. Raisha rasa Azizi orang tempat untuk dia meluahkan pelbagai rasa dalam kehidupannya.

“Jie, kau rasa aku ni macam mana? Ada ciri-ciri macam perempuan idaman atau ciri-ciri isteri solehah tak?”

“Beb..asal kau tanya aku macam ni? Kau rasa kau banyak kekurangan gitu ke? Kau dengar sini apa yang aku nak cakap ni Sha, tak ada siapa pun manusia tau. Sebab tula Tuhan tu jadikan manusia berpasang-pasangan supaya kekurangan yang ada pada diri kita diisi dengan kelebihan pasangan kita. Orang kata biar saling melengkapi. Bagi aku sebagai lelaki, kau ni Sha dah cukup perfect tu jadi seorang isteri dan ibu. Perangai kau yang caring, cantik pula tu, sopan cumanya..ada cuma tau..cuma kau tu agak sedikit kasar tapi kasar kaulah yang aku suka,”

“Hmm, ada betulnya apa yang kau cakap tu Jie…bab-bab kasar kau tak payah cakap arr, aku dah lama sedar… dan sebab tula aku sedar ramai lelaki tak sukakan aku sebab tu. Kalau kau ni mungkin sebab kau dah lama kawan dengan aku sebab tu kau okay je,” balas Raisha yang cuba untuk mengalihkan topik bualan mengenai perasaan bffnya itu.

“Asal kau tanya soalan ni tiba-tiba ya? Macam pelik je, kau dah jumpa calon ke?”

“Eh, taklah..tapi ni pasal kawan aku…,”

“Kawan? Kau ada kawan mana ya, setahu aku semua kawan kau, aku kenal. Dan kalau-kalau dia orang ada apa-apa masalah ke mestilah aku tahu juga kan?” tanya Azizi yang sebenarnya tahu mengenai perasaan bffnya itu terhadap majikan kakaknya itu namun saja menduga.

“Memanglah..tapi ni citenya luahan antara wanita. Jadi, tu yang aku minta pandangan kau sebagai lelaki,”

Okaylah, aku sambung balik ya persoalan aku..citenya macam ni wey…kalau kawan aku ni dah mula sukalah kat sorang mamat ni..tapi taraf antara dia orang tu tak samalah. Kau faham kan maksud aku? And then, kawan ni macam rasa yang laki ni pun suka kat dia tapi tula dia tak sure. Dia takut dia je syok sendiri. Kau rasa?”

“Aku faham je maksud kau beb, tapi apa yang menunjukkan kawan kau tu rasa yang laki tu pon suka kat dia?”

“Cite dia macam ni wey..laki tu selalu juga ajak dia kawin tapi dia tak tahulah sama ada laki ni serius ataupun main-main. Lepas tu bukan tu je, kawan aku cite yang laki tu layan dia baik gila bukan macam layanan di antara pekerja dan majikan tapi macam lebih. Tapi tak tahulah kau aku yang perasan lebih. So, bagi kau macam mana Jie?”

Dengan berat hati, Azizi menjawab juga soalan Raisha kerana baginya kebahagian Raisha lebih penting dan dia tidak mahu persahabatan yang dibina selama ini renggang akibat persaannya terhadap wanita itu. Azizi sanggup melakukan apa sahaja untuk Raisha daripada Raisha menjauhkan diri dari dia buat selamanya.

Okay macam ni, aku rasa, kawan kau kena juga tanya berdepan-depan dengan lelaki tu. Dia tu kena buang perasaan malu dia berbanding asyik tertanya-tanya je. Kalau dapat keputusan negatif, suruh jela kawan kau dari lelaki tu..tu pun kalau dia tak selesa selepas tu. Tapi, kalau kawan kau tak kisah, kawan jela.”

Bangun sahaja dikeesokkan paginya, Raisha sungguh bersemangat untuk berjumpa dengan Adam. Dia nekad juga ingin bertanya daripada dia asyik memendam rasa je selama ini. Atas nasihat yang diberikan oleh sahabat baiknya, pagi itu Raisha menghiaskan dirinya sedikit berbanding kebiasaan. Raisha terlihat anggun dengan menggenakan baju kebaya berwarna lembut bersama tudung berwarna putih yang menutupi rambutnya. Raisha mengenakan sedikit olesan gincu berwarna nude dibibir kecilnya, maskara di bulu matanya yang lentik dan semburan wangian ditubuhnya. Raisha yang menyangka hari itu panas sampai ke petang, rupa-rupanya hujan ditengah hari.

Baru sahaja Raisha menapak kaki di dalam rumah itu, ada suara yang menyapanya dan pemilik suara itu langsung tidak dikenalinya.

Hello!! Who are you? What are you doing at my boyfriend’s house As far as I know, I don’t know you!” tegur Tasha dengan kerek. Manakala Raisha sudah kelihatan terkejut dengan statement yang dikeluarkan Tasha.

Ohh sorry miss?

Just call me, Tasha and you?

Sorry again miss Tasha, my name is Raisha and I am the babysitter to Mika and maid in this house,”

“Cantik juga minah ni, macam mana pula dia ni boleh kerja dengan Adam. Ishh geramnya aku,” kata Tasha di dalam hati.

Tiba-tiba sahaja Adam muncul di ruang tamu.

“Eh, Raisha…” tanpa sempat Adam menyambung kata-katanya, Tasha sudah merangkul pinggan Adam dan melentokkan kepalanya di bahu Adam.

Manakala Raisha sudah panas punggung melihat aksi manja si Tasha gedik itu. Tanpa memandang muka Adam, Raisha meminta diri ke bilik Mika.

“Raisha..Raisha..tunggu I,” jerit Adam.

You ni kenapa Tasha, I tak suka perangai you ni. Kira bersyukur tau I bagi you masuk! You nak buat perangai ulat bulu you ni lebih baik baliklah. Tak malu ke Raisha tengok!” kata Adam dengan geram. Sudah pasti Raisha pikir yang bukan-bukan tentang dia dan Tasha.

“Yang you nak marah I dah kenapa? Hanya sebab bibik you tu je?”

“Dia ada nama Tasha! Nama dia Rasiha!”, marah Adam dan berlalu pergi dari situ.

Di dalam bilik Mika, Raisha tersedu-sedu menangis.

“Mama Sha..nape nangis? Mika ada buat salah ke?”

“Tak adalah sayang, mata mama Sha masuk habuk. Mika tolong tiupkan mata mama Sha boleh?”

“Boleh-boleh, sian mama Sha.” jawab si kecil itu. Dan diluar pintu bilik itu Adam telah mendengar segala-galanya, serba salah jadinya. Dia mengaku, dia sudah mula jatuh cinta dengan Raisha setelah dia sudah mengenali gadis brutal itu.

Manakala Tasha mula memikirkan idea jahatnya untuk menghalau Raisha dari rumah itu buat selama-lamanya. Dia tahu mereka berdua saling menyukai namun Tasha nekad untuk menghalanginya dan akan merampas Adam buat selama-lamanya.

You nak air?” tanya Tasha setelah melihat Adam ingin melabuhkan punggungnya di sofa.

“Tak payah susah-susahlah, Raisha ada. Tak pun I boleh ambil sendiri. You tahu ke buat air?” kata Adam dengan tajam.

“Siaplah kau Adam, kau akan jadi milik aku. Raisha akan merambus dari hidup kau selama-lamanya,” kata Tasha di dalam hati.

“Eh, you tak rasa lagi. Sekejap ya.”

Tanpa memikirkan perkara buruk yang akan terjadi, Adam minum air buatan Tasha dengan rakusnya. Sungguh dahaga benar apabila dilihat. Namun, semuanya sudah terlambat kerana Adam sudah pun tertidur akibat pil tidur yang dimasukkan di dalam air terlalu banyak.

Selepas sahaja Raisha menguruskan si kecil itu, Raisha terus mengemas bilik tidur Mika dan berlalu pergi ke dapur untuk memasak. Dengan hati yang berat Raisha ingin ke ruang tamu untuk bertemu dengan Adam untuk menanyakan menu yang perlu dimasak. Namun, betapa hancurnya hati Raisha apabila dia melihat Adam sedang berada di paha Tasha tanpa memakai baju manakala Tasha tertidur sambil merangkul tangan Adam dengan erat. Tasha saja buat begitu untuk menyakiti hati Raisha. Tanpa sebarang kata, Raisha terus berlalu pergi meninggalkan rumah mewah itu. Dia yakin yang mereka tiada jodoh dan dia hanya bertepuk sebelah tangan.

Selepas hampir sebulan Raisha meninggal rumah mewah itu dan sudah berkali-kali telefon bimbitnya berdering, namun Raisha nekad untuk melupakan Adam buat selam-lamanya. Demi menjauhkan dirinya, Raisha sanggup mencari rumah sewa yang jauh dari sebelum ini. Namun berkat kesungguhan Adam, dia berjaya menemui Raisha dan ini semua berkat pertolongan Azizi yang sanggup mengorbankan perasaannya demi persahabatan.

“Kau kena janji dengan aku yang kau akan jaga Raisha elok-elok. Rasiha dah lama sengsara dan sudah lama hidup susah. Aku harap dengan kekayaan yang kau ada, kau boleh bahagiakan dia dan bukan itu sahaja berilah dia kasih sayang yang banyak kerana dari kecil dia sudah biasa hidup sendiri tanpa ibu dan ayahnya yang serupa tiada itu,”

“Insya-Allah bro.” balas Adam ringkas dan dia yakin Raisha memang jodohnya dan akan bahagia bersamanya.

Tatkala dua mata bertentang mata, lidah menjadi kelu seribu bahasa. Namun, Adam beranikan diri memulakan perbualan. Dia menceritakan segala-galanya apa yang berlaku pada hari itu dan Raisha hanya mendiamkan diri sambil matanya tekun melihat Adam tanpa berkelip.

“…I like you more the world may know but don’t be scared, cause I’m falling deeper, baby be prepared…,” Adam menyanyikan lagu A love So Beautiful untuk menyampaikan isi hatinya kepada Raisha. Tanpa diduga, air mata Raisha menitis. Dia sungguh terharu dengan kesungguhan Adam untuk mendapatkannya.

Dear Raisha, will you marry me?”

Of course, my answer is yes,”

Okay cantik, jom kahwin sekarang,”

“Ishh you ni, sabar…tak lari tok kadi tu.” mereka berdua sama-sama tergelak.

Di dalam hati Adam memanjat kesyukuran kepada Illahi.

“Alhamdullilah, ini semuanya kerana kau Raisha. Hidupku akan gundah gulana jika tanpamu disisiku.”