Masjid Besar Cordoba Rosak Akibat Peluh Pelancong

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter

Masjid Besar Cordoba merupakan satu daripada sebuah monumen Islam yang paling terkenal di dunia dilaporkan berada dalam keadaan ‘kritikal’. Hal ini berpunca daripada peluh pelancong yang berkunjung ke masjid tersebut.

Media melaporkan masjid itu dikunjungi oleh jutaan pelancong setiap tahun bagi melihat monumen di dalam masjid tersebut telah menyebabkan berlaku masalah pemeluwapan.

Keadaan kritikal monumen itu didedahkan dalam satu laporan yang dikemukakan kepada kerajaan.

Laporan itu menyatakan bahawa terdapat beberapa bahagian utama masjid tersebut telah rosak akibat aktiviti pemeluwapan.

Pemeluwapan telah menyebabkan mihrab ikonik masjid yang menghadap Makkah itu rosak.

Masjid Besar Cordoba telah dibina antara abad kelapan dan kesepuluh. Setiap tahun, masjid tersebut telah menerima lebih dua juta pengunjung ke masjid tersebut.

“Masalah itu berlaku disebabkan oleh konfigurasi seni bina khas ruang dan pengudaraan yang tidak mencukupi.

“Haba dalam badan yang dikeluarkan oleh setiap pelancong menyebabkan kerosakan. Penyejatan itu menyebabkan beberapa bahagian terjejas sekali gus menyumbang kepada kerosakan tersebut,” jelas laporan itu.

Monumen itu sudah pun berdepan cabaran disebabkan status Cordoba sebagai bandar paling panas di Semenanjung Iberia dengan mencecah suhu hampir 47 darjah Celcius.

Sumber: ARAB NEWS