66 Kematian Akibat COVID-19 Semalam

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter

KUALA LUMPUR: Kementerian Kesihatan (KKM) melaporkan 66 kematian baharu akibat jangkitan COVID-19 sehingga tengah malam tadi.

Ini menjadikan jumlah keseluruhan kematian disebabkan wabak itu kepada 30,718 orang, daripada 2,661,956 kes positif COVID-19 yang dikesan di negara ini.

Berdasarkan laman sesawang COVIDNOW, sembilan daripada 66 kes kematian itu dilaporkan berlaku di luar hospital (BID) menjadikan jumlah BID yang direkodkan kini seramai 6,216 korban.

Kes kematian dilaporkan itu turut membabitkan angka kematian tertunggak dengan ada antara kes meninggal dunia beberapa minggu lalu.

Ini berikutan, proses pengesahan sama ada pesakit COVID-19 meninggal dunia akibat jangkitan wabak itu atau sebaliknya yang mengambil masa untuk dilengkapkan dalam data KKM.

Sementara itu, laman web terbabit turut mengesahkan terdapat 60,411kes aktif COVID-19 di seluruh negara dan daripada jumlah itu, 49,279 individu atau 81.6 peratus sedang menjalani kuarantin di rumah.

“Seramai 5,875 orang ditempatkan di Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID1-19 (PKRC),” kongsi laman sesawang COVIDNOW.

Pada ketika ini, kadar penggunaan katil di wad ICU di seluruh negara adalah 58.6 peratus atau 437 orang dengan 39.2 peratus pesakit COVID-19.

Daripada jumlah itu, 197 pesakit COVID-19 di ICU memerlukan alat bantuan pernafasan dan 240 lagi tidak memerlukan alat bantuan pernafasan.

Sementara itu, bilangan pesakit COVID-19 yang dimasukkan ke hospital adalah seramai 1,036 orang, merangkumi 36 peratus, berbanding kadar penggunaan katil keseluruhan kira-kira 67.6 peratus.

Kadar penggunaan katil tertinggi dicatatkan Terengganu iaitu 67 kes atau 86 peratus, diikuti Kedah (43 kes atau 80 peratus), Kelantan ( 97 kes atau 79 peratus), Melaka (22 kes atau 78 peratus) dan Johor 183 atau 72 peratus.

Semalam, jumlah kes harian kes adalah sebanyak 4,965 kes termasuk 29 kes import.

Sumber: Berita Harian