Sidang Dewan Negeri : Kerajaan Pahang Laksana Aktiviti Sukan Lasak Dan Pemotoran

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter

KUANTAN : Kerajaan Pahang sentiasa prihatin kepada aktiviti sukan lasak dan permotoran yang sedang dan akan dijalankan di negeri ini.

Pengerusi Jawatankuasa Sumber Manusia, Belia, Sukan, dan Badan-badan Bukan Kerajaan Negeri Pahang, YB. Dato’ Sri Haji Mohd Johari Haji Hussain berkata, sebarang cadangan berkenaan sukan lasak ini akan dibincangkan lebih lanjut.

“Melalui YAB Menteri Besar Pahang, setakat ini bagi sukan lasak atau permotoran ini yang melibatkan pocket bike di Tanjung Lumpur, motorcross di Jerangkang, dan terbaru di Lipis dan sebelum itu di Muadzam Shah.

“Ini menggambarkan Kerajaan Negeri sentiasa memberi keprihatinan terhadap sukan permotoran lasak dan apa yang cuba di bawa, kami akan ambil peduli dan kita akan bincangkan secara lebih details lagi,” katanya.

Beliau mengulas demikian ketika ADN Luit, YB. Encik Mohd Sufian Abd Jalil mengulas mengenai sukan motor lasak ketika sesi perbahasan pada Mesyuarat Kedua Penggal Keempat Dewan Negeri (DN) Pahang Ke-14 di Dewan Negeri Pahang Darul Makmur, hari ini.

Tambah beliau lagi, YAB Menteri Besar Pahang juga telah meluluskan sejumlah peruntukan berkaitan sukan lasak ini kepada beberapa kawasan baru-baru ini.

“Melalui YAB Menteri Besar Pahang juga, baru-baru ini ada telah meluluskan sejumlah peruntukan kepada ADN Ibam, kepada Majlis Belia Felda dan juga Majlis Belia Negeri dari Cameron Highlands dan Chini dan sebagainya.

“Sebelum itu, kelulusan peruntukan kepada Jerantut, ADN Damak untuk menaiktaraf litar sukan permotoran dan kita akan buat sokongan yang terbaik untuk sukan ini.

Beliau berkata pihaknya juga telah meminta peruntukan sebanyak RM2 juta bagi pembinaan litar lumba di negeri ini.

Sumber: PAHANGMEDIA