KDYMM Yang Di-Pertuan Agong Berkenan Lancar Aplikasi MYKARIAH

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter

KUANTAN : Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Al-Marhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah hari ini berkenan berangkat bercemar duli melancarkan Aplikasi MYKARIAH di Yayasan Pahang di Kuantan.

Turut berkenan berangkat, Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah Binti Almarhum AlMutawakkil Alallah Sultan Iskandar Al-Haj dan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Pemangku Raja Pahang Tengku Mahkota Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah ibni Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

Turut berangkat, Yang Amat Mulia Tengku Panglima Raja Lt. Kol. Tengku Amir Naseer Ibrahim Shah Ibni Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Al-Marhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah hari ini berkenan berangkat bercemar duli melancarkan Aplikasi MYKARIAH di Yayasan Pahang di Kuantan.

Aplikasi MYKARIAH dibangunkan sebagai satu aplikasi untuk merekodkan data-data ahli kariah seluruh Negeri Pahang secara digital dan berpontensi untuk menjadi satu aplikasi sehenti bagi semua urusan ahli.

Turut hadir, YAB Menteri Besar Pahang, Dato’ Sri Haji Wan Rosdy Wan Ismail, YB Yang Dipertua Dewan Negeri Pahang, Dato’ Sri Haji Ishak Haji Muhammad, YB Setiausaha Kerajaan Pahang, Dato’ Sri Dr. Sallehuddin Ishak dan barisan EXCO Kerajaan Pahang.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Pahang, YH. Dato’ Mahmud Mohd Nawawi berkata, aplikasi ini adalah hasil kerjasama antara Yayasan Al-Sultan Abdullah (YASA), Yayasan Pahang, Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang (MUIP) dan Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP).

Jelasnya, Aplikasi MYKARIAH merupakan aplikasi pertama di Malaysia yang mempunyai data ahli kariah semasa (real-time) secara bersepadu.

Pelancaran Aplikasi MYKARIAH oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Al-Marhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah.

“MYKARIAH ini dibangunkan sebagai platform untuk membangunkan data-data ahli kariah bagi tujuan penyampaian bantuan yang menyeluruh dan bersepadu.

“Daerah Kuantan, dipilih untuk menjadi perintis kepada projek ini, dan insyaAllah akan diperluaskan ke seluruh daerah di Negeri Pahang dalam masa terdekat.

“Mudah-mudahan dengan aplikasi ini, organisasi, agensi mahupun orang perseorangan dapat menghulurkan bantuan kepada golongan yang memerlukan pada bila-bila masa sahaja,” katanya ketika berucap pada majlis berkenaan.

Sumber: PAHANGMEDIA