170 Mangsa Banjir Dipindahkan Ke Sembilan PPS Di Pahang

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter

KUANTAN : Seramai 170 mangsa banjir daripada 45 keluarga dipindahkan ke sembilan pusat pemindahan sementara (PPS) di Daerah Maran dan Raub.

Berdasarkan maklumat daripada InfoBencana Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), mangsa di Daerah Maran ditempatkan di PPS Dewan UMNO Ulu Jempol, seramai sembilan mangsa, PPS Dewan JKKR Jengka 14 (12 mangsa), PPS Balai Penerangan UMNO Pekan Sungai Jerik (65 mangsa), Dewan Serbaguna Sungai Jerik dan Dewan JKKR Jengka 11 (11 mangsa).

Keadaan jalan di Sungai Soi yang dinaiki air berikutan hujan lebat sejak semalam.

Bagi Daerah Raub pula, PPS Surau Kampung Peruas menempatkan seramai 12 mangsa, PPS Balairaya Kampung Pamah Kulat (15 mangsa), PPS Balairaya Kampung Pamah Rawas (17 mangsa) dan PPS Balairaya Kampung Kuala Keloi (16 mangsa).

Sementara itu, laman sesawang Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) di http://publicinfobanjir.water.gov.my menunjukkan dua sungai di Pahang sudah melepasi paras bahaya.

Dua sungai berkenaan adalah SUngai Tembeling di Kampung Merting, Jerantut mencatat bacaan 58.5m melepasi paras bahaya 58m manakala Sungai Kechau di Kampung Dusun, Lipis mencatatkan bacaan 84.27m (82.5m paras bahaya).

Sumber: PAHANGMEDIA