Tiga Mayat Mangsa Banjir Lumpur Di Telemong Ditemui

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter

KUANTAN : Tiga lagi mayat mangsa lemas dipercayai hilang dibawa arus deras dalam kejadian banjir lumpur di Telemong, Bentong ditemui hari ini.

Ini menjadikan keseluruhan empat kematian akibat kejadian banjir lumpur berkenaan di Telemong dilaporkan setakat ini.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang, Ir. Haji Wan Mohammad Zaidi Wan Isa berkata, seorang mangsa perempuan ditemui kira-kira jam 1.06 petang pada jarak dua kilometer daripada lokasi kejadian.

“Seorang lagi mangsa iaitu seorang perempuan juga ditemui pada jarak 100 meter daripada lokasi mangsa pertama kira-kira jam 1.20 petang.

“Mayat mangsa ketiga iaitu seorang lelaki ditemui 100 meter daripada mangsa kedua kira-kira jam 2 petang. Ini menjadikan keseluruhan empat mayat ditemui di kawasan berkenaan,” katanya di sini hari ini.

Beliau berkata, kesemua mangsa yang belum dikenalpasti itu telah diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.

Sumber: PAHANGMEDIA