Mangsa Banjir Di Pahang Berkurangan, PPS Tiga Daerah Ditutup

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter

JERANTUT – Mangsa banjir di enam daerah di Pahang terus berkurangan dengan 16, 281 orang daripada 5,041 keluarga masih tinggal di 112 Pusat Perpindahan Sementara (PPS), setakat jam 12 tengah hari ini.

Jurucakap Jawatankuasa Pengurusan Bencana Pahang, berkata pada masa ini tiga daerah iaitu Jerantut dan Raub dan Lipis sudah menutup PPS kerana semua mangsa sudah pulang ke rumah masing masing berikutan banjir semakin pulih.

Beliau berkata, Kuantan mempunyai 427 mangsa membabitkan 336 keluarga ditempatkan di empat PPS manakala Maran mempunyai 1177 mangsa (336 keluarga) di 21 PPS dan Bentong masih mempunyai 3099 mangsa (1,192 keluarga) di 15 PPS.

Di Pekan terdapat, 1,928 mangsa daripada 620 keluarga di 25 PPS, Bera mempunyai 1,975 mangsa dengan 557 keluarga di 17 PPS manakala di Temerloh terdapat 7675 mangsa dari 2220 keluarga di 31 PPS.

Sementara itu, beberapa jalan yang masih ditutup kepada semua kenderaan membabitkan daerah Bera , Temerloh, Maran dan Pekan.

Sumber: BERITA HARIAN