Rezeki buat penyanyi Sufian Suhaimi yang kini mungkin sedang move on dari kisah percintaan yang terhenti di tengah jalan apabila dia telah menerima tawaran beberapa universiti awam dan swasta untuk melanjutkan pengajian ke peringkat PhD.
“Alhamdulillah ada beberapa universiti menawarkan saya untuk lanjutkan pelajaran ke peringkat PhD walaupun saya baru sahaja menamatkan pengajian di peringat Ijazah Sarjana. Ada beberapa tawaran menarik diberikan termasuk biasiswa penuh dalam bidang komunikasi dan pengurusan”
“Saya menganggap ini sebagai rezeki kerana bukan mudah untuk mendapat tawaran melanjutkan pengajian ke PhD,” jelasnya kepada mStar Online.
Bagaimanapun buat masa sekarang Sufian belum bersedia untuk menyambung pelajaran kerana terikat dengan komitmen dan jadual kerjaya yang padat.
“PhD bukannya mudah dan saya perlu betul-betul memberi komitmen kepada pelajaran sekiranya saya terima tawaran diberikan. Berat juga hati melepaskan peluang diberikan tetapi saya mengambil keputusan untuk memberi fokus kepada karier nyanyian terlebih dahulu,” katanya.
Sumber: Rotikaya