728 Keluarga Di Maran Terima Bantuan Wang Ihsan Banjir RM1.09 Juta

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter

KUANTAN : Kerajaan Pahang telah menyampaikan sumbangan Bantuan Wang Ihsan Banjir bernilai RM1.09 juta kepada 728 keluarga di Maran.

Pengerusi Jawatankuasa Kebudayaan, Perpaduan, Kebajikan Masyarakat, Pembangunan Wanita dan Keluarga Negeri Pahang yang juga Ahli Dewan Negeri (ADN) Kuala Sentul, YB. Dato’ Sri Hajah Shahaniza Shamsuddin berkata ia melibatkan pengagihan sebanyak RM1,500 bagi sebuah keluarga terlibat.

“…kita di daerah Maran, kita memulakan agihan wang ihsan banjir yang mana RM1,000 daripada Kerajaan Persekutuan, seperti mana yang diumumkan oleh YAB Perdana Menteri dan RM500 daripada Kerajaan Negeri seperti mana yang diumumkan oleh YAB Menteri Besar Pahang.

Pengerusi Jawatankuasa Kebudayaan, Perpaduan, Kebajikan Masyarakat, Pembangunan Wanita dan Keluarga Negeri Pahang yang juga Ahli Dewan Negeri (ADN) Kuala Sentul, YB. Dato’ Sri Hajah Shahaniza Shamsuddin menyampaikan bantuan wang ihsan daripada Kerajaan Negeri dan Persekutuan berjumlah RM1,500 kepada penduduk di Maran, semalam.

“Jadi setiap mangsa banjir di negeri Pahang akan dapat RM1,500 bagi setiap keluarga dan di Maran ada 728 keluarga di DN Luit, Kuala Sentul, Chenor, dan Jengka,” katanya.

Beliau berkata pengagihan wang bantuan ini akan dijalankan secara berfasa di mana bagi fasa pertama melibatkan mereka yang dipindahkan ke Pusat Pemindahan Sementara (PPS).

“Dan untuk makluman, ini (pemberian wang ihsan hari ini) hanya fasa satu untuk mereka yang berpindah ke PPS sahaja.

“Dan bagi mereka yang tidak berpindah ke PPS, kita sedang kemaskini data dan mereka kenalah mendaftar dengan Ketua kampung masing-masing ataupun penghulu, dan insyaAllah akan ada fasa dua yang akan dikendalikan oleh Majlis Daerah Maran,” katanya.

Jelas beliau lagi, kategori penerima juga berdasarkan kategori-kategori mangsa terlibat yang telah ditetapkan sebelum ini.

“Dan terputus hubungan ini, bukan terputus hubungan rumah dia tak kena air, yang kena air, dilanda banjir tapi dia tak pindah, yang kategori keempat.

“Dia duduk rumah dia, mungkin rumah dia dua tingkat, jadi dia duduk di tingkat atas tapi rumah dia tetap kena banjir.

“Yang tak kena banjir tu, jadi tak adalah. Kita hanya bagi bantuan makanan yang terputus hubungan sahaja seperti sebelum ini,” katanya.

Sumber: PAHANGMEDIA