28 Kematian Akibat COVID-19 Dilaporkan Semalam

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter

KUALA LUMPUR: Sebanyak 28 kematian COVID-19 direkodkan semalam, berbanding 19 kes, kelmarin.

Berdasarkan laman sesawang github kendalian Kementerian Kesihatan (KKM), empat kes kematian di luar kemudahan kesihatan (BID) turut direkodkan setakat tengah malam tadi.

Secara perbandingan, Pulau Pinang mencatatkan jumlah kematian tertinggi dengan enam kes, diikuti lima kes di Selangor, Perak (4), Kelantan (3), Johor (2), Pahang (2), Sabah (2), Terengganu (2) dan masing-masing satu kes di Kedah serta Sarawak.

Enam negeri pula mencatatkan sifar kes kematian iaitu Melaka, Negeri Sembilan, Perlis, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya.

Setakat tengah malam tadi, kadar penggunaan katil hospital di beberapa negeri kekal berada pada paras kategori merah, iaitu lebih 70 peratus daripada kapasiti.

Mengikut laman sesawang CovidNow, kadar penggunaan katil hospital di Melaka terus mencatatkan kadar tertinggi berbanding negeri lain iaitu 80.2 peratus, disusuli Kelantan (76.1 peratus), Terengganu (74.8 peratus) dan Johor (71.4 peratus).

Lima negeri, iaitu Pahang, Perak, Perlis, Negeri Sembilan dan Pulau Pinang mencatatkan kadar penggunaan katil hospital di paras antara 60 hingga 69 peratus, manakala Kedah, Selangor, Sarawak, Putrajaya, Sabah serta Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur bawah 59 peratus.

Wilayah Perkutuan Labuan merekodkan kadar penggunaan katil hospital pada kadar terendah, iaitu 34.2 peratus.

Sumber: Berita Harian