RM500,000 Untuk Kotak Kasih KKKM

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter

Jeli: Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM) membelanjakan lebih RM500,000 untuk membantu mangsa banjir terjejas di seluruh negara melalui Kotak Kasih KKKM.

Tan Sri Annuar Musa

Menterinya, Tan Sri Annuar Musa berkata, siri Jelajah Sukarelawan KKMM dengan Kerjasama Badan Bukan Kerajaan (NGO) itu diadakan di 10 lokasi terjejas banjir termasuk Janda Baik, Lanchang, Jelebu, Batu 20 Sungai Lui, Taman Sri Muda dan Jeli.

Beliau berkata, selain bantuan barangan makanan, pihaknya memberi wang tunai antara RM300 hingga RM500 kepada setiap mangsa banjir bergantung kepada keperluan dan keadaan mereka.

“Selain itu, jenis bantuan diberikan mengikut keperluan dan sekiranya ada lokasi disinggahi sudah menerima bantuan wang tunai, kami akan memberikan bantuan segi barangan bagi meringankan beban ditanggung mangsa banjir.

“Setakat ini, kami mengagihkan hampir 5,000 Kotak Kasih KKMM serta 15,000 pek makanan bermasak termasuk keperluan barangan elektrik kepada mangsa banjir.

Annuar (kiri) menyerahkan sumbangan kepada salah seorang mangsa banjir ketika Majlis Penyerahan Kotak Kasih KKMM Dan Bantuan Rumah Prihatin di Sekolah Kebangsaan (SK) Kuala Balah. FOTO HAZIRA AHMAD ZAIDI
Annuar (kiri) menyerahkan sumbangan kepada salah seorang mangsa banjir ketika Majlis Penyerahan Kotak Kasih KKMM Dan Bantuan Rumah Prihatin di Sekolah Kebangsaan (SK) Kuala Balah. FOTO HAZIRA AHMAD ZAIDI

“Saya berharap agar usaha sepakat di antara pegawai dan kakitangan kementerian dengan kerjasama NGO ini dapat diteruskan dari semasa ke semasa sekiranya ada keperluan dan berlaku bencana banjir,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas Majlis Penyerahan Kotak Kasih KKMM dan Bantuan Rumah Prihatin di Sekolah Kebangsaan (SK) Kuala Balah, di sini, hari ini.

Hadir sama, Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kuala Balah, Abdul Aziz Derashid.

Dalam perkembangan sama, Annuar berkata, menerusi Program Bantu Hingga Selesai (BAHIS), pihaknya membersihkan lebih 500 rumah penduduk terjejas akibat banjir.

Beliau berkata, pihaknya terkesan apabila membantu mengeluarkan longgokan barang rosak yang beratnya beratus-ratus tan dari rumah mangsa banjir terutama di Taman Sri Muda, Shah Alam.

Sumber: My Metro