Macam Tentera China, Fesyen Neelofa Dikritik Lagi

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter

Belum reda lagi dengan isu pelancaran tudung di Zouk, tambah pula isu terbaru tentang fesyen yang digayakan oleh Neelofa ketika majlis pelancaran koleksi tudung terbarunya.

Ini bukan kali pertama fesyen Neelofa dikritik netizen. Setiap pakaian yang digayakan oleh Neelofa dilihat seperti tidak kena di mata netizen.

Baru-baru ini, Naelofar Hijab memperkenalkan tudung baru sempena Aidilfitri. Namun, apa yang menjadi bualan hangat di majlis pelancaran itu ialah pakaian Neelofa dilihat seperti tidak sesuai dengan imejnya sebagai wanita muslimah.

Neelofa menggayakan baju belang bersama topi dan turban. Gayanya itu dilihat pelik oleh netizen walaupun Neelofa memakai seluar longgar.

Ada juga peminat yang mengharapkan Neelofa berpakaian seperti dulu yang memakai tudung dengan sempurna ketika di awal berhijab.

Sumber: Rotikaya