Jumlah Mangsa Banjir Di Pahang, Berkurangan

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter

Kuantan: Seramai 1,369 mangsa banjir daripada 410 keluarga masih ditempatkan di 32 pusat pemindahan sementara (PPS) setakat jam 8 pagi tadi.

Berdasarkan laporan Jawatankuasa Pengurusan Bencana Pahang, jumlah itu membabitkan mangsa banjir di Temerloh, Maran, Pekan, Rompin, Bera dan Raub.

Jumlah itu menunjukkan penurunan berbanding semalam iaitu 1,846 mangsa daripada 562 keluarga di 32 PPS.

Sementara itu, tiga sungai di Pahang masih merekodkan bacaan melepasi paras bahaya, masing-masing dua di Bera dan Pekan.

Menurut laman sesawang Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS), sungai berkenaan ialah Sungai Serting di Jambatan Padang Gudang, Bera yang merekodkan 31.30 meter (m), berbanding paras bahaya 30.50 m.

Sungai Bera di Jambatan Sungai Bera, Bera merekodkan 26.73 m berbanding paras bahaya 26 m dan Sungai Pahang di Kuala Sungai Chini, Pekan mencatat bacaan 16.52 m, berbanding paras bahaya 14.90 m.

Dua sungai pula merekodkan bacaan paras amaran, masing-masing di Sungai Triang di Triang, Bera dan Sungai Kundang di Jambatan Sungai Kundang, Maran.

Sungai Dong di Kampung Peruas, Raub, Sungai Triang di Taman Agropolitan Chemomoi, Bentong dan Sungai Belat di Sri Damai, Kuantan, pula melepasi paras waspada.

Sumber: My Metro