Kecualian Bayaran Sewa Tiga Bulan Sewa PAKR

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter

KUANTAN: Kerajaan Negeri menerusi Majlis Mesyuarat Kerajaan (MMK) bersetuju mengecualikan bayaran sewa rumah PAKR, termasuk yang mempunyai tunggakan untuk tempoh selama tiga bulan mulai Januari sehingga Mac 2022.

YAB Menteri Besar Pahang, Dato’ Sri Haji Wan Rosdy Wan Ismail berkata, bantuan Kerajaan Negeri ini akan melibatkan seramai 2,072 isi rumah dan kos yang akan terlibat adalah sebanyak RM300,800 sebulan.

“Jumlah keseluruhan peruntukan untuk bantuan ini adalah sebanyak RM902,400.00.

” Ini membuktikan Kerajaan Negeri mengambil berat terhadap faktor kebajikan rakyat yang terjejas dengan bencana banjir termasuklah yang melibatkan penghuni rumah PAKR yang terdiri daripada kumpulan berpendapatan rendah (B40),” katanya dalam satu kenyataan media di sini hari.

Beliau berkata, sumbangan ini membuktikan Kerajaan Pahang sangat bersimpati dan akan terus komited untuk membantu mangsa yang terkesan akibat bencana banjir di seluruh negeri Pahang.

Sebelum ini, Kerajaan Negeri telah mengumumkan beberapa bantuan khas dan akan sentiasa meneliti keperluan dan bantuan kepada mangsa banjir dari semasa ke semasa.

Sumber: PAHANGMEDIA