Skuad Prihatin Bersatu sumbang 200 Kit Bantuan Banjir

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter

Dungun: Skuad Prihatin Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) menyediakan 200 kit barangan makanan, keperluan diri dan peralatan sekolah bernilai RM34,000 bagi membantu penduduk yang terjejas banjir di dua daerah di negeri ini.

Ketua Angkatan Bersatu Anak Muda (Armada) Bersatu Wan Ahmad Fahysal Wan Ahmad Kamal berkata, pihaknya bersama 100 sukarelawan daripada Armada turun padang mengagih sumbangan itu di empat kampung di daerah ini dan Kemaman.

Katanya, empat berkenaan adalah Kampung Pasir Raja, Shukor dan Minda di sini dan Kampung Air Putih di Kemaman membabitkan penerima bantuan seramai 200 keluarga.

“Hari ini saya bersama 100 sukarelawan Armada Bersatu Pantai Timur dan ibu negara turun padang bagi mengagihkan bantuan dan berharap ia dapat meringankan beban mangsa banjir,” pada program misi bantuan banjir Skuad Prihatin Bersatu, di Kampung Pasir Raja di sini, hari ini.

Turut hadir Ketua Polis Daerah Dungun Superintendan Baharuddin Abdullah.

Katanya, program Skuad Prihatin Bersatu itu diadakan dengan kerjasama Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (Ketengah).

Wan Ahmad Fahysa berkata, walaupun bencana banjir sudah pulih sepenuhnya, mereka masih kekurangan barangan keperluan seperti makanan, selain memerlukan kelengkapan persekolahan.

WAN Ahmad Fayhsal (kanan) beramah mesra bersama penduduk selepas menyampaikan bantuan kepada mangsa banjir di Kampung Pasir Raja. FOTO Ghazali Kori
WAN Ahmad Fayhsal (kanan) beramah mesra bersama penduduk selepas menyampaikan bantuan kepada mangsa banjir di Kampung Pasir Raja. FOTO Ghazali Kori

Sumber: My Metro