Kerajaan Pahang Usul Beri Pinjaman Fleksibel Kepada Pengusaha Penginapan Terjejas

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter

BENTONG : Kerajaan Pahang akan mengusulkan kepada Kerajaan Persekutuan untuk memberi pinjaman yang fleksibel kepada pengusaha chalet dan resort yang terjejas banjir.

Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan, Alam Sekitar, Perladangan dan Komoditi Negeri Pahang, YB. Dato’ Sri Mohd. Sharkar Shamsudin berkata, ini kerana kos yang diperlukan untuk membaikpulih semula chalet dan resort adalah tinggi.

Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan, Alam Sekitar, Perladangan dan Komoditi Negeri Pahang, YB. Dato’ Sri Mohd. Sharkar Shamsudin melakukan lawatan ke beberapa lokasi terjejas di Pulau Santap, Janda Baik di Bentong yang turut dihadiri, Pengurus Besar Tourism Malaysia Pahang, Encik Kamarudin Ibrahim.

“Dan kita minta juga Kerajaan untuk memberi flexible loan kepada pengusaha-pengusaha chalet untuk membaik pulih chalet dan resort mereka.

“Kalau tidak ada, saya kira mereka perlu tutup (perniagaan mereka) kerana memang modal tak ada untuk baiki semula dan ia akan menelan belanja yang banyak juga.

“Dan bagi kawasan Janda Baik ini sendiri saya memohon supaya mungkin Kerajaan Pusat dapat bantu memberikan peruntukan khas untuk dibaikpulih (kawasan) ini dengan segera sebab kawasan lain hanya tenggelam tapi ini kerana kepala air, merosakkan semua chalet dan kemudahan-kemudahan awam,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui media selepas melakukan lawatan ke beberapa lokasi terjejas di Pulau Santap, Janda Baik di Bentong yang turut dihadiri, Pengurus Besar Tourism Malaysia Pahang, Encik Kamarudin Ibrahim.

Beliau berkata setakat ini para pengusaha di kawasan ini dianggarkan mengalami kerugian sebanyak RM12 juta bagi tempoh empat bulan kerana pembatalan tempahan oleh pelancong.

“Difahamkan cancellation sehingga bulan 4 dan bulan 5 tahun ini. Dan kalau sekiranya perkara ini tidak dapat pulih dengan segera, maka mereka tidak dapat menjalankan aktiviti pelancongan dan orang tidak akan datang ke mari.

Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan, Alam Sekitar, Perladangan dan Komoditi Negeri Pahang, YB. Dato’ Sri Mohd. Sharkar Shamsudin.

“Kita anggarkan para pengusaha di sini kerugian kira-kira RM3 juta sebulan akibat penutupan hotel, servis, aktiviti, makan, dan lain-lain lagi,” katanya.

Tambah beliau lagi, walaubagaimana pun Kerajaan Pahang akan meneruskan aktiviti pelancongan ‘This Is Pahang’ tahun ini dengan memberi tumpuan kepada kawasan pelancongan yang tidak terjejas banjir.

Sebanyak 33 buah penginapan di Janda Baik terkesan dengan fenomena kepala air yang berlaku dengan kawasan di Pulau Santap merupakan kawasan yang paling teruk terjejas melibatkan kerugian sebanyak kira-kira RM4 juta.

Sumber: PAHANGMEDIA