Sukarelawan Pahang Bantu Mangsa Banjir Di Segamat

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter

KUANTAN: Seramai 200 Sukarelawan Pahang membantu mangsa banjir termasuk membersihkan dan mencuci rumah yang terjejas di Segamat, semalam.

Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam dan Pendidikan Negeri Pahang, YB. Dato’ Sri Syed Ibrahim Syed Ahmad berkata, mereka membawa amanah YAB Menteri Besar dan turut menyerahkan 100 kit makanan dan sumbangan kewangan kepada mangsa.

“Semua sumbangan berkenaan diserahkan kepada Pegawai Daerah Segamat, Tuan Haji Harisan Kamal,” katanya dalam satu hantaran di Facebooknya semalam.

Turut hadir, Ahli Dewan Negeri (ADN) Semantan, YB Dato’ Nor Azmi Mat Ludin dan ADN Muadzam Shah, YB Encik Ir. Razali Kassim.

Beliau berkata, mereka juga diiringi NGO Majlis Tindakan Sosial Pahang selepas diminta oleh YAB Menteri Besar Pahang, Dato’ Sri Haji Wan Rosdy Wan Ismail untuk mewakili beliau dalam misi ini.

Menurutnya, selepas itu rombongan dibawa ke rumah Encik Zulfadli di Kampung Alai, Mukim Gemereh sebelum meyampaikan barangan dan sumbangan kewangan kepada mangsa sebelum bergegas ke Kampung Chodan, Mukim Pogoh.

Sumber: PAHANGMEDIA