Ayah Galal, Wanita Berhijab Pertama Jadi Pembaca Berita di Connecticut, Amerika Syarikat

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter

Kehidupan sebagai seorang wanita Muslim yang berhijab di sebuah negara bukan Islam pasti mempunyai cabaran yang tersendiri, terutamanya apabila pihak sekeliling sering menjadikan hijab sebagai satu perkara yang dipertikaikan.

Ada yang cuba mengharamkan pemakaiannya dan tidak kurang juga wanita Muslim berhijab diserang kerana mereka menutup aurat. Namun ia tidak menjadi penghalang bagi mereka yang bercita-cita, kekal dengan iman dan bijak.

Seperti yang berlaku pada wartawan dan penerbit berita bernama Ayah Galal. Beliau menjadi wanita Muslim berhijab pertama yang tampil di kaca televisyen sebagai pembaca berita di Connecticut, Amerika Syarikat.

Dalam cacatannya yang dimuat naik di laman Istagram, Ayah berkata, “Hari ini merupakan hari pertama saya membaca berita di WFSBnews dan ini menandakan kali pertama wanita berhijab sebagai pembaca berita di Connecticut! Saya sangat teruja dengan pencapaian peribadi dan profesional ini.”

Ayah Galal merupakan seorang graduan dari Universiti Quinnipiac. Beliau mengambil jurusan kewartawanan dan sains politik. Laporan dan penceritaan video beliau telah diiktiraf oleh Persatuan Wartawan Profesional Connecticut dan Anugerah Media Kolej Pinnacle.

Beliau juga turut menerima Anugerah Pencapaian Akademik Persatuan Alumni universitinya kerana berjaya memperoleh kedudukan kedudukan skolastik tertinggi dalam kelasnya. 

Beliau kini bekerja sebagai penerbit berita di WTNH News 8 yang merupakan sekutu ABC di New Haven, Connecticut. Sebagai penerbit, Ayah menyelia penulisan, penerbitan dan masa siaran berita. Ayah banyak menghasilkan siaran berita jam 6 petang, 10 malam dan 11 malam untuk News 8.

Dalam temubual bersama CT Insider, Ayah berkata, “Saya takut disebabkan hijab, tiada stesen berita akan menerima saya untuk jawatan yang memerlukan saya bersiaran ke udara, jadi itulah sebabnya saya pada mulanya mengambil jawatan di belakang tabir. Namun, rakan sekerja saya mendesak saya untuk melakukannya.”

“Sepanjang perjalanan saya, saya mempunyai keraguan tentang bagaimana untuk menembusi industri, terutamanya sebagai seorang wanita yang memakai hijab. Mujurlah rakan sekerja sangat menyokong dan menggalakkan saya sepanjang perjalanan karier ini.”

Sumber: CT Insider