Ringankan Mulut Untuk Memberi Salam. Inilah Antara Kebaikannya Yang Wajib Diketahui!

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter

Memberi atau mengucapkan salam dengan hanya menyebut “assalamualaikum”, meskipun singkat namun ianya membawa banyak kelebihan dan sangat bermakna.

Dalam Islam, kita disarankan untuk sentiasa mengucapkan salam kepada sesiapa sahaja yang kita jumpa. Memberi atau mengucap salam memberi banyak kebaikan kepada kita. Oleh itu, kita hendaklah sentiasa mengamalkan amalan ini dalam rutin harian kita. Antara kelebihannya adalah:

Dipandang Mulia Oleh Allah SWT

Nabi bersabda: “Sungguh orang yang paling utama menurut Allah adalah orang yang terlebih dahulu memberikan salam dalam kalangan mereka.” (Hadis Riwayat Abu Daud)

Sunnah Rasulullah SAW

Pada satu hari, Sayidina Anas melewati sekumpulan kanak-kanak. Lantas beliau memberikan salam kepada mereka. Kemudian beliau berkata: “Dahulu, Rasulullah SAW juga melakukan seperti ini.” (Hadis riwayat al-Bukhari dan Muslim)

Keberkatan Yang Mutlak

Nabi pernah mendidik Sayidina Anas bin Malik, “Wahai anakku, jika kamu hendak masuk ke tempat keluargamu, maka ucapkanlah salam. Nescaya akan berkat atas kamu dan seluruh keluarga rumahmu.” (Hadis riwayat al-Tirmizi)

Amalan Terbaik

Rasulullah SAW pernah ditanya, “mana satu amalan Islam yang terbaik?” Lalu jawab Baginda: “Kamu menjamu orang makan, dan mengucapkan salam kepada orang yang dikenali mahupun tidak.” (Hadis riwayat al-Bukhari)

Strategi Ke Syurga

Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Kamu tidak akan masuk ke syurga sehinggalah kamu beriman. Kamu tidak akan benar-benar beriman sehinggalah kamu semua saling menyayangi. Mahukah kamu kalau aku tunjukkan sesuatu, yang jika kamu melakukannya tentu kamu semua akan saling mengasihi? Sebarkanlah salam antara kamu!” (Hadis riwayat Muslim)

Sabda Nabi SAW: “Al-salam, salah satu nama Allah yang diletakkan di bumi, maka sebarkanlah salam antara kamu.” (Hadis riwayat al-Bukhari)

Sumber: HIJABISTA & BINCANG SYARIAH