Keresahan 256 Nelayan Dapat Perhatian ADUN Bukit Tunggal

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter

KUALA NERUS– Seramai 256 orang nelayan terjejas mata pencarian rezeki akibat musim Monsoon Timur Laut di sekitar Bukit Tunggal tidak tercicir daripada perhatian kerajaan negeri.

Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan, Kesihatan dan Alam Sekitar negeri, Dr. Alias Razak berkata, beliau amat memahami situasi getir seorang penggiat laut yang juga ketua keluarga apabila tibanya musim tengkujuh. 

“Sebagai anak yang membesar dalam keluarga nelayan, saya dapat menjiwai perasaan mereka.

‘’Oleh itu, saya guna peruntukkan khas dari Majlis Tindakan Dun (MTD) Bukit Tunggal bagi membantu meringankan sedikit beban mereka dengan bantuan kewangan sebanyak RM300 seorang.

“Kerja sebagai nelayan sepenuh waktu ini pendapatan tidak menentu dan jarang ada simpanan tetap, oleh itu kita mengambil usaha penyokong dalam ’’ katanya yang juga merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Tunggal.

Beliau berkata demikian ketika berucap dalam Majlis Penyampaian Sumbangan Musim Tengkujuh Peringkat Dun Bukit Tunggal di Dewan Sivik Pulau Duyong, baru-baru ini.

Menemubual salah seorang penerima, Abdullah Abdul Rani, 64, dari Kampung Banggol Limau, beliau menzahirkan rasa syukur dan terima kasih atas kecaknaan pihak MTD dalam menjaga kebajikan mereka.

“Masa air kucoh ni, dok berani nok kelaut, hanya duduk baiki bot sahaja,’’ ujarnya yang telah berkecimpung selama 18 tahun sebagai nelayan.

“Bantuan berupa wang tunai berjumlah RM300 ini cukup bermakna buat kami yang tidak dapat ke laut mencari rezeki beberapa bulan lepas,’’ katanya.

Sumber: TRDI News