Jangan Bedooh Sangat Kata Mangsa Banjir Tak Dapat Bantuan

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter

KUANTAN : YAB Menteri Besar Pahang hari ini menempelak dua Ahli Parlimen pembangkang yang mendakwa kononnya beliau tidak turun membantu dan menyalurkan bantuan kepada mangsa banjir di Pahang.

Dato’ Sri Haji Wan Rosdy Wan Ismail menegaskan, beliau telah turun padang membantu mangsa banjir di negeri ini sejak 19 Disember lagi sehinggalah banjir beransur pulih.

“Ada satu Ahli Parlimen kata, dua minggu mangsa banjir di Pahang tidak dapat bantuan, bedooh sangat, tak logik dua minggu.

“Lagi seorang Yang Berhormat dia kata saya tak turun padang langsung, tak nampak pun bayang saya. Tetapi nasib baik rakan saya Ahli Parlimen Cameron bagi tahu detail bermula daripada 19 Disember sehingga keadaan banjir telah mula menurun saya berada di mana,” katanya dalam satu hantaran di media sosial miliknya, semalam.

Justeru beliau berharap rakyat terutamanya di Pahang dapat menilai sendiri persepsi yang dicipta oleh dua Ahli Parlimen berkenaan yang sengaja mencipta fitnah.

“Jadi kalau mcm ni rupanya Ahli Parlimen cakap ikut suka, rakyat boleh fikir sendiri. Boleh pakai atau tidak boleh pakai.

“Yang pertama dia memang bedooh, dia cakap dalam Parlimen pula tu. Dia nak menipu semua orang. Menipu pula benda yang tidak betul dan tiada fakta, jadi rakyat semua boleh nilai sendiri,” katanya.

Sumber: PAHANGMEDIA