Zainab Al-Ghazali, Memimpin Dengan Keberanian

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter

Zainab Al-Ghazali merupakan salah seorang tokoh pendakwah wanita yang menjadi lagenda kerana sumbangan beliau yang amat hebat dalam bidang kepimpinannya terutamanya di Mesir.

Zainab Al-Ghazali atau nama penuh beliau ialah Zainab Muhammad al-Ghazali al-Jubaily merupakan keturunan daripada khalifah Umar Al-Khattab (sebelah bapa) dan Hasan bin Ali bin Abi Talib (sebelah ibu). Bapa beliau merupakan seorang ulama daripada kalangan Al-Azhar.

Beliau dilahirkan pada 2 Januari 1917 Masihi bersamaan 8 Rabiul Awal 1335 Hijrah di sebuah daerah Buhairah, Mesir dalam keadaan keluarga dan persekitaran Islam yang sangat baik. 

Zainab Al-Ghazali Digelar Nusaybah Kerana Keperibadiannya

Kehidupan beliau bukan seperti gadis biasa kerana beliau telah dibesarkan dalam persekitaran agama Islam yang baik.

Bapanya sering mengajak Zainab Al-Ghazali untuk ikut menunaikan solat Subuh secara berjemaah di masjid. Beliau juga dilatih untuk menuntut ilmu agama bersama beberapa orang ulama Al-Azhar.

Beliau juga telah berjaya mengasah peribadinya untuk menjadi lebih berani dan gigih sehingga beliau digelar Nusaybah. Gelaran tersebut sempena dengan nama seorang tokoh hebat pada zaman Rasulullah iaitu Nusaybah binti Ka’ab.

Beliau juga telah menuntut ilmu di sekolah di daerahnya dari peringkat rendah dan menengah. Beliau juga menunjukkan minat untuk belajar ilmu agama terutamanya dalam bidang hadis, tafsir dan fikh.

Hal inilah yang berjaya menjadikan beliau sebagai seorang tokoh wanita yang memperjuangkan Islam berdasarkan ilmunya.

Berikut merupakan sumbangan Zainab Al-Ghazali:

1. Menyertai Kesatuan Wanita Mesir

Pada tahun 1963 Hijrah, beliau telah menyertai Kesatuan Wanita Mesir. Ciri kepimpinan yang ada pada diri beliau menyebabkan beliau dilantik untuk pengurusan pentadbiran kesatuan tersebut.

Kesatuan ini telah memperjuangkan hak-hak wanita berdasarkan Islam sehingga mendapat perhatian ulama dari kalangan Al-Azhar. 

2. Berdakwah Melalui Penulisan

Beliau telah dilantik sebagai salah seorang editor bagi sebuah ruangan al-Da’wah yang memfokuskan kepada pembangunan rumah tangga muslim.

Beliau juga telah menerbitkan pelbagai karya dalam bidang dakwah seperti Ayyamim Hayati, Nahwa Ba’thu Jadid dan Asma’ Allah Al-Husna.

3. Perjuangan Terhadap Politik

Beliau juga terlibat dengan politik yang memfokuskan kepada aktiviti kemasyarakatan. 

Kewafatan Zainab Al-Ghazali

Beliau telah wafat pada 3 Ogos 2005 ketika berusia 88 tahun disebabkan masalah kesihatan. Sehingga kini nama beliau disebut sebagai tokoh wanita yang memperjuangkan hak-hak manusia berdasarkan Islam.

Beliau juga memberi inspirasi kepada para wanita bahawa wanita juga mampu berjaya jika mempunyai ilmu dan keberanian yang jitu untuk menghadapi kehidupan ini.

Sumber:

1. TZKRH.COM

2. KAJIAN ZAINAB AL-GHAZALI