COVID-19: Kes Baharu Terus Melonjak, 11,034 Kes Baharu Dilaporkan

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter

KUALA LUMPUR: Jumlah kes baharu COVID-19 telah menunjukkan trend peningkatan dengan sebanyak 11,034 kes baharu dilaporkan hari ini dalam tempoh 24 jam lalu.

Menerusi akaun Twitter, Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham berkata bahawa pertambahan kes baharu itu sekali gus menjadikan jumlah kumulatif adalah meningkat sebanyak 2,925,254 kes.

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) melaporkan sembilan kematian baharu akibat jangkitan COVID-19 setakat tengah malam tadi.

Ini menjadikan jumlah keseluruhan kematian disebabkan COVID-19 kini mencatat 32,034 orang, daripada 2.9 juta kes positif COVID-19 yang dikesan di negara ini.

Menurut data KKM di portal COIDNOW, dua kes kematian yang dilaporkan berlaku di luar hospital atau brought-in-dead (BID).

Kes kematian dilaporkan itu turut melibatkan sejumlah kes tertunggak dengan ada antara kes meninggal dunia beberapa minggu lalu.

Ini berikutan proses pengesahan sama ada pesakit COVID-19 meninggal dunia akibat pandemik tersebut mengambil masa.

Sumber: AWANI