Ajal Langgar Kerbau!

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter

KUALA BERANG – Seorang lelaki warga emas meninggal dunia selepas motosikal yang ditunggangnya melanggar seekor kerbau di Kilometer 5 Jalan Kuala Berang -Tanggol berhampiran Kampung Pulau Kudat malam tadi.

Mangsa, Ilias Awang, 76, yang parah pada anggota badan disahkan meninggaL dunia, jam 9.06 malam, ketika menerima rawatan di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) Kuala Terengganu.

Ketua Polis Daerah Hulu Terengganu Deputi Superintendan Mohd Adli Mat Daud berkata, kemalangan itu dipercayai berlaku jam 8.30 pagi.

Ketika kejadian, mangsa dalam perjalanan dari rumahnya di Kampung Kuala Kejir ke kedai makan di Kampung Pulau Kudat untuk membeli makanan.

Katanya, sebaik tiba di lokasi kejadian, Honda EX5 yang ditunggang mangsa dipercayai telah melanggar seekor kerbau.

“Mangsa kemudiannya dibawa ke Hospital Hulu Terengganu sebelum dikejarkan ke HSNZ kuala Terengganu untuk rawatan lanjut sebelum disahkan meninggal dunia malam tadi,” katanya.

Beliau berkata, mayat mangsa telah dihantar ke Unit Forensik HSNZ Kuala Terengganu untuk bedah siasat dan akan diserahkan kepada keluarga untuk urusan pengebumian.

Sumber: HARIAN METRO