COVID-19 Ragut 31 Lagi Nyawa

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter

PUTRAJAYA – Sejumlah 31 kematian baharu direkodkan akibat COVID-19 semalam, menjadikan jumlah keseluruhan angka korban akibat wabak itu di negara ini meningkat kepada 32,180 kes.

Menerusi data dipaparkan dalam laman web COVIDNOW, jumlah dicatatkan itu termasuk 10 kes kematian di luar fasiliti kesihatan (BID).

Daripada jumlah kematian dilaporkan dalam tempoh 24 jam itu, Sabah negeri tertinggi dengan lapan kes, diikuti Selangor (tujuh), Johor (enam), Pulau Pinang (lima) dan Kedah (dua).

Selain itu, masing-masing satu kes kematian direkodkan di Negeri Sembilan, Perak dan Terengganu.

Bagi kes BID iaitu pesakit COVID-19 meninggal dunia sebelum bantuan perubatan dapat diberikan, sejumlah tiga kes masing-masing direkodkan di Sabah dan Selangor, Pulau Pinang (dua) serta Johor dan Kedah masing-masing satu kes kematian.

Perkembangan itu menjadikan kini kumulatif kes BID di negara ini meningkat kepada 6,514 kes.

Mengenai kes aktif COVID-19, data menunjukkan sehingga semalam terdapat sejumlah 182,965 kes. Daripada jumlah itu 170,635 kes atau 93.3 peratus sedang menjalani isolasi di rumah.

Selain itu, tiga peratus atau 5,517 kes pula masih di Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 (PKRC), hospital (6,619), unit rawatan rapi (ICU) (74) dan ICU yang memerlukan alat bantuan pernafasan (120).

Sumber: BERNAMA