Terengganu Hockey Team (THT) Sasar Sekurang-kurangnya Satu Piala Musim Ini

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter

KUALA LUMPUR – Terengganu Hockey Team (THT) menyasarkan sekurang-kurangnya satu piala pada saingan tahun ini melalui persiapan rapi yang telah dilakukan.

Menurut Presiden Terengganu Hockey Team (THT)  Mohd Fikri Harun, beliau yakin dengan lantikan jurulatih yang baharu, Roslan Jamaluddin yang tidak asing lagi dalam dunia hoki Malaysia mampu menguatkan lagi persiapan THT pada tahun ini.

“Kita telah diperkuatkan dengan ramai pemain hebat, antaranya dari UniKL yang telah berhijrah ke THT iaitu kita ada kapten Malaysia, Marhan Abdul Jalil dan juga Syukri Mutalib”

“Kita telah mengekalkan hampir 80 peratus pemain yang sedia ada dan 70 peratus adalah anak-anak kelahiran negeri Terengganu”.

“Dari segi pemilihan pemain, kita telah bincang dengan pihak kejurulatihan, saya rasa dengan adanya Kapten dan Bekas Kapten termasukKapten Pasukan Remaja Hoki Malaysia Akhimullah dalam pasukan, kita berada di landasan terbaik pada tahun ini.”

Beliau berkata demikian pada sidang media Majlis Pelancaran Jersi dan Memperkenalkan Penaja dan Pasukan Terengganu Hockey Team (THT) sempena TNB Liga Hoki Malaysia (TNB MHL) 2022.

Turut hadir pada majlis berkenaan, Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Belia, Sukan dan NGO Negeri Terengganu, Wan Sukairi Wan Abdullah serta Penaung Persatuan Hoki Terengganu, IR Saiful Azmi Suhaili.

Sumber: UNIT BERITA MANIS FM