Status Hadis Ganjaran Solat Subuh Berjemaah Menyamai Pahala Gaji

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter

Setiap waktu solat pasti mempunyai ganjaran yang amat besar di sisi Allah dan mempunyai kelebihannya tersendiri. Waktu-waktu solat inilah yang memberi peluang kepada manusia untuk tidak pernah jauh dari Allah. Ini kerana pahala solat  merupakan saham utama untuk seseorang hamba kerana ia adalah asas kepada kehidupan.

Dimana kita boleh mengambil contoh ialah solat Subuh. Ini kerana solat Subuh mempunyai ganjaran besar yang Allah berikan walaupun ia hanya dua rakaat sahaja, namun amat sukar untuk berlawan dengan nafsu sendiri bagi menghadap Ilahi.

Apatah lagi jika solat Subuh itu dilakukan secara berjemaah. Ada sebuah hadis yang disebutkan mengenai ganjaran orang yang melakukan solat Subuh berjemaah menyamai dengan pahala ibadah haji.

Maksud: “Sesiapa yang solat fajar (Subuh) secara berjemaah, maka seumpama dia telah menunaikan 50 kali haji bersama nabi Adam.”

Bagaimanapun, ahli hadis menyebutkan bahawa periwayatan di atas adalah palsu kerana tiada thabit periwayatan daripada Rasulullah SAW (tiada riwayat daripada Rasulullah).

Ia dipersetujui oleh Imam Al-Hafiz ibnu Hajar Al-Asqalani, Imam Al-Suyuthi dan juga Imam Al-Syaukani. Justeru, ia tidak boleh menyebarkan hadis ini kerana ia dinilai palsu melainkan untuk menyebarkan kepalsuannya.

Sumber: TZKRH.COM