Mayat Mangsa Banjir Ditemui

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter

PASIR MAS – Seorang lelaki yang dilaporkan hilang selepas dilihat terjatuh di kawasan banjir dua hari lalu, ditemukan lemas di belakang sebuah kedai di Kampung Jejuluk dekat Rantau Panjang, di sini, petang tadi.

Ketua Polis Daerah Pasir Mas, Asisten Komisioner Mohd Nasaruddin M Nasir, berkata mayat Ahmad Faizal Zulkefli, 26, ditemukan pada jam 3.30 petang, selepas pencarian dilakukan Unit Skuba Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kelantan serta anggota Balai Polis Rantau Panjang.

“Mayat mangsa dihantar ke Klinik Kesihatan Rantau Panjang untuk tindakan lanjut dan penemuan itu sudah dimaklumkan kepada keluarga mangsa,” katanya.

Beliau berkata, kejadian terbaru itu adalah kes kedua membabitkan kehilangan nyawa akibat bencana banjir di Pasir Mas dan yang keempat bagi Kelantan.

Sumber: BERITA HARIAN