Mangsa Banjir di Kelantan Meningkat Kepada 9,063 Orang

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter

KOTA BHARU – Mangsa banjir di Kelantan meningkat kepada 9,063 orang pagi ini, berbanding 8,678 orang sehingga jam 8 malam tadi.

Kesemua mangsa daripada 2,976 keluarga itu ditempatkan di 29 pusat pemindahan sementara (PPS) di empat daerah iaitu Pasir Mas, Tanah Merah, Tumpat dan Pasir Puteh.

Satu PPS di Kuala Krai ditutup petang semalam susulan 31 mangsa dibenarkan pulang selepas banjir di rumah mereka kembali pulih.

Berdasarkan portal Info Bencana Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) setakat jam 8.15 pagi ini, jumlah mangsa banjir di Pasir Mas paling ramai iaitu 8, 550 orang yang ditempatkan di 21 PPS.

Mangsa banjir di Tanah Merah mencatat seramai 172 orang, diikuti Tumpat pula 298 mangsa dan Pasir Puteh merekodkan 43 orang.

Sementara itu, portal eBanjir Kelantan merekodkan dua sungai masih melepasi paras bahaya iaitu Sungai Golok di Rantau Panjang dan Kuala Jambu, Tumpat masing-masing mencatat bacaan 10.53 meter (m) dan 3.82 m.

Sumber: BERITA HARIAN