KETENGAH Anjur PASKET Bagi Bantu Golongan B40, M40 Terjejas Covid-19

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter

KUALA TERENGGANU – Program Jualan Keluarga Malaysia Pasar Prihatin Wilayah KETENGAH (PASKET) Tahun 2022 bakal diadakan pada 5 hingga 6 Mac ini adalah bagi bagi membantu masyarakat terutamanya golongan B40 dan M40 yang terjejas akibat penularan Covid-19.

Pengerusinya, Datuk Razali Idris berkata, penganjuran yang berlangsung di Bandar Al Muktafu Billah Shah (AMBS), Dungun ini akan membawakan barangan jualan pada harga mampu milik iaitu sebanyak 15 hingga 20 peratus adalah lebih murah berbanding harga asal.

Jualan tersebut adalah melibatkan kombinasi pemborong di bawah Jualan Keluarga Malaysia (JKM) kendalian KPDNHEP dan usahawan-usahawan dalam wilayah KETENGAH dengan tumpuan lebih dari 50 produk barangan keperluan harian.

Antaranya, Ikan segar dan beku, sayuran dan buah-buahan, barangan proses, Industri Kecil dan Sederhana (IKS), barangan kawalan seperti minyak masak, tepung gandum serta banyak lagi.

Beliau turut menyasarkan kehadiran seramai 30 peratus daripada 170 ribu penduduk di wilayah KETENGAH akan hadir bagi memeriahkan PASKET tersebut.

Program 2 hari 1 malam ini merupakan satu insentif daripada Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (KETENGAH) dengan kerjasama Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB), Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (MAFI) dan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP).

Turut diadakan pada hari perlancaran pada 6 Mac tersebut, penyampaian Bantuan Insentif Usahawan Wilayah KETENGAH yangt terjejas akibat Covid-19 sebanyak RM 335, 000 kepada 159 orang usahawan.

Sumber: UNIT BERITA MANIS FM