Program Jualan Keluarga Malaysia Pasar Prihatin Wilayah KETENGAH (PASKET) Peruntuk RM335,000 Bagi Usahawan Terjejas Covid-19

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter

DUNGUN – Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (KETENGAH) yang dilancarkan hari ini di Bandar Al Muktafi Billah Shah (AMBS), Dungun telah memberi bantuan insentif sebanyak RM335,000 kepada usahawan wilayah KETENGAH yang terjejas akibat pandemik Covid-19.

Menurut Pengurus Besar KETENGAH, YM Tengku Ahmad Nadzri Tengku Musa berkata, Program Jualan Keluarga Malaysia Pasar Prihatin Wilayah KETENGAH (PASKET) Tahun 2022 telah mendapat sambutan pengunjung hadir seramai 2075 orang dan telah mencapai jualan sebanyak RM117, 500 setakat hari pertama dilancarkan. 

“Mengikut situasi sekarang, pengecilan operasi menyebabkan pengeluaran barangan terhad dengan barangan keperluan yang dijual dengan kadar harga tinggi menyebabkan rakyat tidak mampu membeli barangan terutamanya bahan mentah.”

“PASKET telah mencerminkan prinsip Keluarga Malaysia di mana tiada yang dipinggirkan, bagai berdiri sama tinggi, duduk sama rendah, bersukat sama paras dan bertimbang sama berat,” katanya.

Tengku Ahmad Nadzri berkata, Majlis Pelancaran PASKET merupakan satu inisiatif kerajaan bagi meringankan beban peniaga dan penjaja kecil serta memperkenalkan pelbagai program bantuan iaitu pemulihan ekonomi dengan menawarkan harga lebih murah berbanding harga asal sebanyak 15 hingga 20 peratus. 

“Saya menyeru seluruh Keluarga Malaysia, kerajaan dan komuniti masyarakat perniagaan menyahut cabaran jangka masa panjang negara dan merealisasikan aspirasi akan sebuah Malaysia yang “Makmur, Inklusif dan Mampan,” tambah beliau lagi.

Beliau berkata demikian ketika berucap dalam majlis pelancaran di Bandar Al Muktafi Billah Shah (AMBS), di sini, pagi tadi.

Turut hadir, Pengurus Besar KETENGAH, Yang Mulia Tengku Ahmad Nadzri Tengku Musa, Timbalan Pengarah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Dan Hal Ehwal Pengguna Negeri Terengganu, Yang Berbahagia Nor Azmi Lamisza dan Pengarah Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia, Yang Berusaha Rosli Mustapa.

Program Majlis Pelancaran Program Jualan Prihatin Keluarga Malaysia Prihatin Wilayah KETENGAH (PASKET) Tahun 2022 yang dilangsungkan sepanjang 2 hari ini merupakan anjuran KETENGAH dengan kerjasama Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Ehwal Pengguna (KPDNHEP).

Sumber: UNIT BERITA MANIS FM