Pelantikan MB Johor Dijangka Hari Ini – Annuar Musa

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter

KUALA LUMPUR – Menteri Besar Johor dijangka akan mengangkat sumpah di Istana Johor, pada Selasa.

Ketua Bahagian UMNO Ketereh, Tan Sri Annuar Musa berkata, Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi telah menamakan satu calon untuk diperkenankan lantikan oleh Sultan Johor.

Annuar yang juga Menteri Komunikasi dan Multimedia itu turut mengucapkan tahniah dan selamat menjalankan tugas kepada Menteri Besar Johor yang bakal dilantik itu.

Sebelum ini, persoalan mengenai siapa calon Menteri Besar Johor ke-19 terus menjadi tanda tanya setelah terdapat khabar angin nama lain yang turut dicalonkan sebagai Menteri Besar Johor yang baharu.

Antaranya nama bekas Pengerusi Jawatankuasa Belia dan Sukan negeri, Datuk Onn Hafiz Ghazi yang menang di Machap dan Datuk Mohd Puad Zarkashi (Rengit).

Sebelum ini, Ahmad Zahid telah menamakan Hasni sebagai calon tunggal Menteri Besar sekiranya BN kembali mendapat mandat rakyat untuk membentuk kerajaan negeri.

Sumber: AWANI