Kerajaan Negeri Terengganu Cari Mekanisme Bantu Penjaja Jalanan

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter

KUALA TERENGGANU – Kerajaan Negeri Terengganu sedang mengenal pasti mekanisme terbaik bagi membantu penjaja jalanan dan yang berniaga di persimpangan lampu isyarat.

Pengerusi Jawatankuasa Keusahawanan, Sumber Manusia, Industri Mikro dan Hal Ehwal Penjaja, Mohd Nur Khuzaini Ab Rahman berkata, ia berikutan penguatkuasaan larangan menjaja yang bakal dilaksanakan selepas Ramadan ini.

Menurutnya, sebelum larangan itu dikuatkuasakan, pihaknya akan melakukan perbincangan dengan pengusaha dan penjaja yang terlibat.

“Walaupun pandemik masih ada, tetapi ruang ekonomi telah terbuka luas. Jadi, untuk yang menyalahi Akta Kesalahan Kecil Jalan Raya ini, kita akan kuat kuasa selepas kita bertemu pengusaha, tetapi cadangannya selepas bulan Ramadan,” katanya.

Beberapa negeri termasuk Wilayah Persekutuan, Kelantan, Perak dan Negeri Sembilan telah menguatkuasakan larangan menjaja di tepi jalan dan di persimpangan lampu isyarat dengan mengenakan saman serta kompaun.

Mereka yang didapati bersalah akan dikenakan tindakan mengikut Akta Lalu Lintas dan Jalanraya 1959 di mana sabit kesalahan boleh didenda sehingga RM2,000.

Sumber: AWANI