COVID-19: 71 Kematian Baharu Direkod, 26 BID

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter

KUALA LUMPUR – Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) melaporkan 71 kematian baharu akibat jangkitan COVID-19 setakat tengah malam tadi.

Angka korban terbaharu semalam itu menjadikan jumlah keseluruhan kematian disebabkan pandemik berkenaan kini 34,400 orang, daripada 3.96 juta kes positif COVID-19 yang dikesan di negara ini.

Menurut data KKM di portal COVIDNOW, 26 daripada kes kematian yang dilaporkan berlaku di luar hospital atau ‘brought-in-dead’ (BID).

Sementara itu, terdapat 274,059 kes aktif COVID-19 di seluruh negara.

Daripada jumlah itu, 264,985 individu atau 96.7 peratus daripadanya sedang menjalani kuarantin di rumah.

Seramai 1,623 orang pula ditempatkan di Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 (PKRC).

Sebanyak 7,080 kes dirawat di hospital dan 371 pesakit ditempatkan di unit rawatan rapi (ICU).

Kes ICU membabitkan 168 pesakit memerlukan bantuan pernafasan dan 203 lagi memerlukan mesin ventilator.

Sumber: AWANI