52,449 Kanak-Kanak di Pahang Terima Vaksin

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter

KUANTAN – Seramai 52,449 kanak-kanak berusia lima hingga 11 tahun sudah mendapatkan suntikan vaksin di Pahang menerusi Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan Kanak-kanak (PICKids) sehingga 30 Mac lalu.

Pengarah Jabatan Kesihatan Pahang, Datuk Dr Nor Azimi Yunus, berkata Cameron Highlands mempunyai liputan PICKids tertinggi iaitu sebanyak 42.1 peratus.

Katanya, Rompin merekodkan liputan 18 peratus, diikuti 16 peratus di Pekan, manakala Maran pula 16.1 peratus.

“Secara keseluruhannya, liputan ini masih rendah walaupun hampir dua bulan PICKids berlangsung di negeri ini.”

“Bagi Vaksin Dos Penggalak (VDP), seramai 604,829 penduduk Pahang sudah menerimanya iaitu pada kadar 57.3 peratus sehingga 30 Mac lalu.”

“Daerah Cameron Highlands mempunyai liputan tertinggi 67.6 peratus manakala Pekan merekodkan liputan terendah iaitu 40.5 peratus,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau berkata, mengenai fasa peralihan endemik bermula 1 April lalu, peranan komuniti amat penting supaya masyarakat dapat menjalani kehidupan secara sihat dan selamat walaupun virus COVID-19 masih lagi berada dalam persekitaran.

“Untuk berjaya hidup bersama virus COVID-19, setiap individu perlu mengamalkan tiga langkah iaitu kenali dan fahami jangkitan COVID-19.”

“Di samping itu, langkah pencegahan juga perlu diamalkan untuk mendapatkan vaksin dan dos penggalak dalam menyekat penularan wabak terbabit,” tambah beliau.

Sumber: BERITA HARIAN