2 Penjenayah Mati Ditembak

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter

KUALA TERENGGANU – Dua penjenayah mati ditembak dalam kejadian berbalas tembakan dengan polis di Kampung Simpang Tok Ku, di sini hari ini.

Kejadian dipercayai kira-kira jam 11.30 pagi ketika pasukan Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Terengganu dan Bukit Aman melakukan rondaan menerusi Op Kesan sebelum terserempak sebuah kereta Honda Civic yang memandu dalam keadaan mencurigakan di kawasan Kampung Wakaf Beruas, di sini.

Timbalan Ketua Polis Terengganu, Senior Asisten Komisioner Wan Rukman Wan Hassan, berkata pasukan operasi mengarahkan suspek memberhentikan kenderaan, namun mereka melarikan diri sebelum dikejar sejauh dua kilometer.

“Polis berjaya menghalang kenderaan dinaiki suspek, namun seorang daripada mereka melepaskan tembakan ke arah polis menyebabkan polis membalas tembakan berkenaan,” katanya.

Sumber: BERITA HARIAN