Lebih 160,000 Kanak-Kanak Telah Lengkap Vaksinasi COVID-19

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter

KUALA LUMPUR – Seramai 164,375 kanak-kanak berumur antara lima hingga 11 tahun atau 4.6 peratus daripada populasi berkenaan di negara ini telah lengkap menerima vaksinasi COVID-19 di bawah Program Imunisasi Kanak-Kanak COVID-19 Kebangsaan (PICKids), setakat semalam.

Menurut laman web COVIDNOW, sebanyak 1,368,326 kanak-kanak dalam kumpulan sama atau 38.5 peratus telah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.

Bagi remaja berumur antara 12 hingga 17 tahun, seramai 2,862,105 individu atau 92 peratus telah lengkap divaksinasi, manakala 2,963,947 atau 95.3 peratus telah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.

Bagi populasi dewasa pula, seramai 15,933,049 individu atau 67.7 peratus telah menerima dos penggalak, manakala 22,957,974 atau 97.6 peratus telah melengkapkan kedua-dua dos vaksin dan 23,235,033 atau 98.8 peratus telah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.

Setakat semalam, sebanyak 46,823 dos vaksin telah diberikan melibatkan 32,183 sebagai dos kedua, manakala 10,180 sebagai dos penggalak dan 4,460 dos pertama yang menjadikan jumlah kumulatif dos vaksin yang diberikan di bawah Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) sebanyak 69,272,251.

Sumber: AWANI