Titisan air jernih menitis ke tanah dan awan mendung menyelubungi bumi begitulah perasaan yang di alami oleh seorang pesakit lelaki di hujung katil itu. Tiada yang menjenguk apatah lagi duduk disisinya. Jiwanya kini ibarat kertas putih yang kosong tiada sebarang tulisan atau warna-warni. Kelihatan seorang wanita yang berpakaian putih memeriksa keadaan lelaki itu yang masih tiada tindak balas dan kain balutan berwarna putih penuh di bahagian perut, tangan dan kakinya. Namun, selang beberapa pusingan jam, kedengaran raungan di katil itu dan seorang lelaki serta pembantu-pembantunya bertungkus-lumus di setiap sisi katil itu.
“Mama! Papa! Tolong Ijat! Kau siapa? Mama, tolong Ijat. Ijat takut, Ijat tak kenal mereka semua ni”, raung Aizat yang memecah kesunyian di wad itu.
“Encik, bawa bertenang. Encik ada kat hospital sekarang ni, kat sini semuanya selamat dan encik tak perlu takut” pujuk seorang seorang doktor wanita.
“Kau siapa? Aku tak kenal kau, aku nak mama dan papa aku sekarang! Aku nak jumpa mereka, bawa aku sekaranglah setan! Aku tak kenal korang semua!”, Aizat menjerit sekuat hati.
“Nurses, tolong saya pegangkan pesakit ni. Jangan bagi dia meronta-ronta, saya nak bagi dia ubat penenang”, arah doktor itu.
“Korang ni kenapa nak buat aku macam ni, sakitlah tangan aku.” Aizat menjerit apabila jururawat-jururawat itu mula mengikat tangan dan kakinya di setiap penjuru katil kerana keadaan Aizat yang dilihat tidak dapat dikawal dan bersikap agresif untuk mencabut wayar ditangan dan badannya.
Doktor mengesahkan keadaan Aizat teruk disebabkan oleh trauma yang dialaminya ketika dia dan ibu bapanya diculik dan dikurung. Kecederaan yang menyebabkan dia tidak menyedarkan diri hampir seminggu.
“Doktor macam mana keadaan dia, adakah teruk sangat keadaan dia? Dia dah sedarkan diri? Macam mana perkembangan dia?”, tanya Makcik Zimah bertubi-tubi di corong telefon dengan bimbang akan anak majikannya.
“Ohhh makcik, saya lupa nak beritahu makcik, yang Aizat dah sedarkan diri semalam tapi…keadaan dia tidak begitu stabil lah makcik”
“Tak stabil macam mana tu? Risau pula makcik dengar”
“Saya nak beritahu makcik yang Aizat sekarang ni mengalami trauma yang agak teruk, jadi semalam kami terpaksa ikat tangan dan kaki dia kat katil sebab dia bertindak ganas dan menjerit-jerit. Jadi, saya takut pesakit lain akan terganggu dan dia akan mencederakan dirinya dan orang lain, saya terpaksa bagi ubat penenang untuk dia lebih bertenang”
“Ya Allah kesiannya kat Aizat. Tak apalah doktor, esok saya datang jenguk dia. Mana tahu bila dia nampak saya dia akan okay.” kata makcik Zimah dengan nada sayu.
Ingatan Aizat begitu samar. Apa yang dia hanya ingat adalah kejadian di mana dia dan mayat kedua ibu bapanya dicampak di suatu tempat yang kelihatan seperti taman perumahan yang usang. Dirinya ketika itu amat parah kerana kecederaan yang dialaminya. Dia tidak boleh bangun apatah lagi meminta tolong. Dia hanya mampu memeluk mayat ibu bapanya yang berada di dalam beg plastik dan menangis kerana dirinya tidak berdaya untuk membantu. Namun nasibnya baik, ada seorang pakcik tua yang melalui kawasan itu melihatnya dan menjerit meminta pertolongan untuk membantunya. Dia sangat bersyukur ada juga yang datang menyelamatkan mereka sehingga dirinya tidak terdaya lagi dan rasa semuanya adalah gelap.
“Encik? Encik okay? Ishh teruk sangat keadaan encik ni, sabar ye saya minta pertolongan orang ramai”, kata seorang pakcik tua kepada Aizat.
“Tolong!!! Ada orang cedera kat sini, mayat pun ada ni! Tolong telefon pihak polis dan ambulans. Encik ni dah cedera parah ni, badan dia penuh darah ni!”, raung lelaki tua itu dengan panik.
“Ya pakcik, sekejap ye. Saya tolong call, bawa bertenang”, kata seorang wanita yang merupakan penduduk di situ yang sedang cuba menghubungi ambulans.
Makcik Zimah datang melawat Aizat untuk membawanya pulang ke rumah tetapi dia melihat Aizat sedang termenung seorang diri dan tidak menghiraukan keadaan sekelilingnya. Dia amat sedih melihat keadaan Aizat yang kini lebih menyendiri dan suka meraung seorang diri.
“Betul ke Ijat dah boleh balik? Ijat tak sabar nak jumpa mama and papa,” tanya Aizat penuh teruja.
“Ye nak, nanti kita jumpa mama and papa okay,” jawab makcik Zimah penuh sayu.
Selepas pulang dari kubur, Aizat terus berlari dan berkurung di dalam bilik. Dia merasakan dirinya tidak selamat apabila melihat pemandunya dan tukang kebunnya seakan-akan ingin mencederakan dirinya. Pekerja-pekerjanya berasa pelik dengan keadaan majikannya. Makcik Zimah menerangkan kepada semua pekerja yang lain bahawa diri Aizat kini tidak sama seperti dahulu dan perlu sentiasa dikawal kerana trauma yang dialaminya selepas peristiwa hitam itu berlaku kepadanya dan Tan Sri Helmi dan Puan Sri Murni.
Manakala Aizat duduk di atas katil sambil memeluk kakinya dan menggigit kukunya. Dia hanya akan bergantung pada ubat yang diberi oleh doktor setiap kali dirinya berasa tidak terkawal.
“Arghhh! Mereka nak buat apa kat aku! Ma, pa, Ijat takut. Mereka semua nak bunuh Ijat! Pergi! Kau nak apa? Kenapa kau buat macam ni kat aku dan keluarga aku? Kau nak bunuh, bunuhlah aku,” jerit Aizat seorang diri di dalam bilik seolah-olah ketakutan dan kadang kala boleh berubah menjadi agresif.
Keadaan Aizat kini hanya bergantung pada ubat sahaja. Jika dia tidak mengambilnya, dia akan lebih bertindak agresif dan kadang kala dirinya berada dalam keadaan ketakutan. Sudah menjadi rutin harian Aizat apabila siang sudah melabuhkan tirai, dia akan mengurungkan dirinya seorang diri untuk tidur awal kerana kebiasaanya tidurnya akan ternganggu apabila sudah lewat malam.
Sejak keluar dari hospital, setiap malam pasti dia akan mengalami mimpi ngeri. Di dalam mimpi ngeri itu, dia melihat penjahat tersebut sedang mengacu pisau ke arahnya sambil berkata dia akan membunuh kedua ibu bapanya. Apabila tersedar dari mimpinya, dia akan menangis di penjuru katil. Dia sedih adakah mama dan papanya mati disebabkan dia? Punca kematian mama dan papanya masih menjadi tanda persoalan baginya. Adakah mimpi itu salah satu petunjuk kepadanya? Sememangnya dia tidak mengingati langsung kejadian hitam itu. Dia menggigil ketakutan.
“Encik Aizat, maafkan saya kerana menganggu encik. Saya nak bertanya, bila ya encik boleh masuk pejabat sebab banyak urusan yang perlu diuruskan sejak Tan Sri Helmi meninggal?” tanya Haiqal yang datang melawat Aizat di rumah agam itu.
“Sorry Qarl, saya betul-betul tak berapa sihat lagi. Jadi, kalau saya nak minta tolong awak boleh? Buat masa ni awak tolong uruskan syarikat, kalau perlukan apa-apa dari saya, cari je saya kat rumah ni. Boleh? Awak pun dah tahu selok-belok hal syarikat kan? Mudahlah kerja saya kalau awak tolong saya”
“Boleh encik. Apa-apa, saya akan hubungi encik ataupun saya akan datang ke rumah Encik Aizat.”
Setelah beberapa bulan berlalu, Aizat dikhabar dengan berita yang tidak begitu gembira. Pihak polis memaklumkan bahawa kes itu tidak dapat diselesaikan kerana tiada bukti yang kukuh dan kes itu terpaksa ditutup kerana hampir berbulan kes itu disiasat oleh pihak polis. Aizat sungguh terkejut bercampur dengan kecewa dengan berita itu.
Tekanan Aizat semakin bertambah selepas pelbagai spekulasi dan tomahan yang diterimanya oleh pekerja-pekerjanya di syarikat juga kenalan papanya. Apa yang paling mengejutkan dan tidak masuk akal apabila ada yang mengatakan yang dirinya sendiri yang cuba membunuh mama dan papanya kerana inginkan harta.
“Buat apalah aku nak bunuh mama and papa aku sendiri. Nakkan harta? Ikut logiklah, sudah semestinya harta mama and papa aku, aku akan dapat sebab aku sorang je waris mereka yang ada,” kata Aizat seorang diri sambil berulang-ulang kali menggigit kuku sehingga luka.
Ini membuatkan diri Aizat semakin berkobar-kobar untuk pulih dari traumanya. Dia tidak sabar untuk mencari semula ingatannya dan dia tak sabar nak cari pembunuh misteri itu. Dia nak pembunuh itu meringkuk di dalam penjara atas kesalahan yang besar yang sudah dilakukannya.
Setelah beberapa bulan menjalani rawatan bersama pakar psikatiari dan juga melakukan senaman yoga, akhirnya Aizat sudah hampir pulih dari traumanya namun dirinya masih perlu mengambil ubat tetapi tidak sekerap dulu.
“Makcik, Ijat ada berita gembira. Makcik nak dengar tak?” tanya Aizat penuh teruja.
“Ye nak, apanya?”
“Doktor kata Ijat dah pulih. Ijat tak sabar nak cari pembunuh tu.”
Sejak dirinya sudah pulih dari traumanya, Aizat sudah mula sibuk bekerja mengambil alih tugas papanya. Banyak perkara yang perlu diuruskan sejak dia tidak datang ke pejabat. Dalam kesibukan bekerja, Aizat tidak sedar yang dirinya memerlukan rehat, lalu dia mengambil keputusan untuk berehat selama beberapa hari di rumah. Sewaktu Aizat sedang berehat di kerusi yang terletak di tepi kolam renang sambil minum jus oren, mata Aizat memandang ke langit untuk menikmati keindahan Tuhan sambil-sambil melihat keadaan sekeliling rumahnya yang mengingati detik manis bersama ibu bapanya dahulu. Namun, pemandangannya terganggu apabila matanya lebih tertarik untuk melihat sesuatu benda pelik di atas rumput yang terletak berhampiran stor rumahnya. Lalu, dia bagun untuk melihat kerana perasaanya membuak-buak ingin tahu ataupun dia hanya berilusi sahaja.
“Ehhh, apa tu? Kenapa pula rumput tu boleh terangkat, selama ni okay je. Makcik Zimah ni pun, kemas macam tak kemaslah,” Aizat mengomel sendirian.
“Aikk..bila masa pula ada pintu bawah rumput ni. Ke aku yang selama ni tak perasan?” kata Aizat yang masih tertanya-tanya tentang ruangan rahsia itu. Lalu Aizat mengangkat rumput mainan itu dan mengalihkannya untuk melihat apa yang ada di bawah rumput itu.
Lalu dia berlari semula ke tempat yang dia berehat tadi untuk mengambil telefon bimbit kerana dia memerlukan flashhlight dari telefon bimbitnya untuk turun ke ruangan rahsia itu.
Aizat menuruni perlahan-lahan anak tangga yang membawanya ke ruangan rahsia itu. Sewaktu Aizat sedang sibuk menyuluh lampu dari telefon bimbitnya itu ke arah tangga, hidungnya menangkap sesuatu bau yang menyengat ke hidung seolah-olah bau hanyir dan bau busuk yang sukar diungkapkan. Namun itu tidak akan memutuskan semangatnya, dia masih meneruskan langkahnya sehinggalah langkahnya terhenti apabila lampu dari telefon bimbitnya itu menyuluh sebuah sangkar yang sudah bersawang, berkarat dan saiznya boleh memuatkan manusia untuk memasukinya. Aizat menjadi kaku sebentar, dia merasakan benda itu mengingatkan dirinya sedikit bayangan dirinya diculik dan dikurung sebelum ini. Tangan Aizat mula terketar-ketar namun dia cuba melawannya seperti yang diajar oleh doktor pakar yang merawatnya. Seterusnya dia melihat pula benda yang berhampiran di bawah kakinya, ternyata ada sebuah beg kain berisi baju. Apa yang paling mengejutkan pakaian yang terdapat di dalam beg itu ialah milik Puan Sri Murni. Baju itu sudah terkoyak-koyak dan dipenuhi dengan darah yang sudah kering. Aizat sangat yakin itu adalah milik mamanya, dia masih ingat kali terakhir pakaian yang dipakai oleh ibunya. Namun sewaktu dia dan mayat mama dan papanya dicampak, mamanya dalam keadaan tanpa seurat benang.
“Mama! Ya, ni baju mama. Ijat yakin ni baju mama. Tak guna punya pembunuh! Sanggup kau lakukan perkara ni semua kat kediaman kami.”
Kemarahannya tidak boleh dikawal yang membuatkan kepalanya berdenyut kuat.
Keadaan itu menyebabkan Aizat secara tiba-tiba mengingati kembali kepada peristiwa hitam yang berlaku kepadanya dan juga ibu bapanya.
“Tolong! Kau siapa? Macam mana aku boleh ada kat sini? Hoi, kau dengar tak aku tanya ni! Puihh,” tanya Tan Sri Helmi yang ketika itu matanya diikat dan tangan dikat ke atas syiling dan masih tidak tahu di manakah dia dan isteri serta anaknya berada yang turut menjadi mangsa.
“Bukkk, kau boleh diam tak!” jerkah seorang individu yang memakai pakaian serba hitam dan mukanya tidak kelihatan.
“Arghh, sakitlah!” jerit Tan Sri Helmi.
“Hai akak manis, cantiknya awak ni”, kata individu itu sambil tangannya yang memegang pisau itu ke muka Puan Sri Murni.
“Abang! Ani takut!” jerit Puan Sri Murni kepada suaminya kerana takut diapa-apakan.
“Hoi! Jangan buat mama and papa aku macam tulah. Lepaskan aku, aku akan bagi kau apa yang kau nak”, kata Aizat yang berada di dalam kurungan sebuah sangkar.
“Hei bodoh! Aku tak nak apa-apalah dari kau, aku nak mak ayah kau je. Jadi, kalau kau tak nak diapa-apakan baik kau diam!” balas individu tersebut.
“Ijat! Ijat diam okay? Shushh jangan melawan, biar je mama and papa berkorban”, kata Puan Sri Murni dengan nada sayu.
“Ohh bagusnya korang semua ni, sayang satu sama lain konon! Okay, aku nak tengok setakat mana kasih sayang korang ni. Mari sini akak manis.” kata individu tersebut sambil menarik Puan Sri Murni yang ketika itu tangan, kaki dan matanya diikat.
Pembunuh itu membuka ikatan ditangan mamanya dan menarik mamanya di hadapan Aizat dan mengikatkan tangan mamanya di jerigi sangkar itu lalu membaringkan mamanya. Pembunuh itu dengan kasar individu itu melempiaskan nafsunya dengan buas. Mamanya tak terdaya untuk melawan dengan kudrat individu itu yang sangat ganas dan kuat. Aizat yang melihatnya menutup mata kerana tidak sanggup melihat mamanya diperkosa dengan sebegitu rupa sambil menangis. Papanya pula hanya mampu menjerit untuk memberhentikan perlakuan individu itu terhadap isterinya sebegitu.
“Hoi! Kau buat apa kat isteri aku hah?” jerit Tan Sri Helmi.
“Berhentilah bodoh! Jangan buat isteri aku macam tu, kau nak bunuh aku, kau bunuh je aku. Jangan buat isteri aku macam tu. Ani…maafkan abang”
Mama Aizat sudah kepenatan kerana diperlakukan sebegitu dan melelapkan matanya manakala giliran Tan Sri Helmi pula diseksa. Individu itu mengambil kapak dan melibas ke arah kaki Tan Sri Helmi hingga kedua-duanya putus. Tan Sri Helmi hanya mampu menjerit dan menangis kerana diperlakukan sebegitu dengan individu psiko tu.
“Tadi kau berlagak hero sangatkan, hah ambik ni. Hahahahaha padan muka kau! Tulah balasan yang sepatutnya kau dapat untuk perbuatan kau dulu. Hahahaha,” kata individu dengan nada ketawa sambil tangan melibas kapak ke arah kedua-dua kaki Tan Sri Helmi sehingga putus.
“Aghhh.” jerit Tan Sri Helmi menahan kesakitan manakala Aizat hanya mampu menangis melihat kejadian yang diperlakukan oleh individu itu.
Pada malam itu, keadaan Tan Sri Helmi semakin teruk kerana kehilangan banyak darah akibat kedua kakinya di potong oleh individu psiko itu. Manakala Puan Sri Murni pula menjadi lagi mangsa kepada nafsu individu tersebut. Kejadian itu berulang kali sehingga 3 hari berturut-turut. Mereka tidak diberi makan langsung tetapi hanya diberikan minuman. Pada malam itu keadaan Tan Sri Helmi amat memilukan dan nyawanya ditamatkan oleh individu itu dengan mengelar leher Tan Sri Helmi dan memasukkannya bersama-sama kakinya yang telah dipotong itu ke dalam plastik yang di rendamkan air batu manakala Puan Sri pula dibunuh selepas individu itu melempiaskan nafsunya entah ke berapa kali dengan membelah perut, mengelar seluruh wajah dan mengelar leher Puan Sri Murni. Mayat Puan Sri Murni juga diperlakukan sedemkian seperti suaminya. Aizat pula sudah tidak terdaya kerana banyak kehilangan darah selepas dia dikelar-kelar di bahagian perut, tangan dan kakinya kerana cuba untuk melawan individu tersebut sebelum mereka semua dicampak ke tempat perumahan usang. Semua perbuatan yang dilakukan oleh individu kejam itu dengan menggunakan sarung tangan plastik hitam, memakai pakaian berwarna hitam seperti baju hujan dan wajahnya sentiasa ditutup. Individu kejam itu sangat bijak dalam jenayah yang dilakukan.
Aizat tiba-tiba tersedar dari bayangan peristiwa hitam itu. Dia menangis teresak-esak, sungguh kejam pembunuh itu. Tiba-tiba Aizat terpijak sesuatu, rupa-rupanya ada benda di bawah meja itu lalu dia mengambilnya. Dia sangat terkejut apabila apa yang dilihatnya ialah sebilah kapak, sebilah pisau, baju hujan berwarna hitam, topi hitam, mask mulut hitam dan sarung tangan hitam. Dia amat yakin bahawa pembunuh itu adalah individu yang duduk di rumah agam itu juga. Lalu dia mengambil semua barang bukti itu dan dimasukkan ke dalam sebuah beg plastik untuk dibawa ke balai polis namun sewaktu ingin melalui tangga itu kakinya terpijak sebuah frame gambar. Di dalam gambar itu ada seperti seorang wanita tua dan seorang wanita mengandung namun wajah wanita tua itu tidak kelihatan. Aizat yakin itu juga salah satu bukti yang boleh menangkap penjenayah kejam itu.
“Bukkk,” sesuatu benda keras terkena kepala Aizat dari belakang.
“Kau siapa?” tanya Aizat dan kemudiannya pengsan.
Ada seseorang yang memukul kepalanya di bahagian belakang sewaktu dia ingin menuju ke kereta namun dia tidak sempat untuk melihat wajah orang itu.
“Aduhhh,” Aizat merengek kesakitan sambil tangannya memegang kepalanya yang sudah berbalut.
“Encik dah sedar? Sekejap ya, saya panggilkan doktor. Doktor! Pesakit dah sedar!” laung seorang anggota polis.
“Saya kat mana ni? Hospital?”
“Ya encik. Encik berehat dulu ya, dah 6 jam encik tak sedarkan diri. Jadi, encik perlu rehat sebentar”, terang doktor itu.
“Tapi, saya kena pergi balai polis. Saya nak bawa bahan bukti.”
Selepas beberapa jam, keadaan Aizat sudah semakin baik. Jadi pihak polis yang sentiasa berada di sisinya dari awal di bawa ke hospital itu menegur Aizat untuk memberitahu sesuatu perkara yang amat penting.
“Encik Aizat, saya ada good news untuk encik”, kata anggota polis itu sambil tersenyum.
“Apa dia?” tanya Aizat dengan nada ingin tahu.
“Sebenarnaya, pembunuh ibu dan ayah encik sudah berjaya kami tangkap. Sekarang ni ada di balai polis untuk tindakan selanjutnya,” jawab anggota polis itu.
“Hah?? Macam mana pula boleh berjaya, saya baru nak bagi bahan bukti tapi tak sempat sebab kepala saya kena pukul dari belakang,” soal Aizat dengan pelik.
“Nasib baik pemandu encik yang buat laporan kepada kami, dia yang menyaksikan kejadian itu. Jadi, atas bantuan dia kami dapat menangkap pembunuh itu. Encik sepatutnya ucapkan terima kasih kepada dia.”
Aizat sangat bersyukur ada pemandunya iaitu Syafiq yang telah lama berkhidmat untuk keluarganya ketika itu menolong jika tidak dia tidak tahu nasibnya sekarang.
Rupa-rupanya pemandu dia selama ini sudah tahu namun dia tidak cukup bukti dan keberanian untuk mendakwa makcik Zimah dan Haiqal tambahan lagi Aizat sangat mempercayai mereka. Setelah kes pembunuhan itu berjaya diselesaikan, dia membuat keputusan pergi melawat makcik Zimah dan Haiqal di penjara sebelum Haiqal dihukum gantung sampai mati manakala makcik Zimah pula dihukum penjara seumur hidup.
Aizat tidak percaya tergamak makcik Zimah dan Haiqal melakukan perkara begitu kerana dendam. Hakikatnya memang kesalahan itu datang dari pihak papanya kerana melanggar lari anak perempuan makcik Zimah yang ketika itu sedang mengandungkan anak pertamanya hasil perkahwinan dengan Haiqal. Namun, dendam yang ada dalam diri Haiqal dan makcik Zimah lebih dari segala-galanya sehingga sanggup membalasnya dengan jenayah terkutuk itu.
Paling Aizat kecewa dan terkejut adalah rumah agam ibu bapa dialah menjadi tempat pembunuhan itu berlaku. Itu semua di luar jangkauan Aizat.
“Abang! Hati-hati ada orang tu!” jerit Puan Sri Murni yang terkejut melihat kehadiran wanita yang melintas secara tiba-tiba di hadapan kereta yang dipandu suaminya.
“Bummm”, kedengaran kereta yang dipandu suaminya sudah melanggar seseorang.
“Ani tunggu dalam kereta, jangan keluar!” kata Tan Sri Helmi yang sudah ketakutan.
“Abang..macam mana ni?” tanya Puan Sri Murni sambil memegang perutnya yang sedang memboyot.
Lalu, Tan Sri Helmi membuat keputusan untuk meninggalkan orang yang dilanggarnya itu kerana dia khuatir jikalau terjadi kepada isteri dan bakal anak mereka kalau dia ditangkap. Memandang kawasan perumahan itu masih belum banyak yang belum didiami dan kelihatan begitu sunyi kereta Tan Sri Helmi terus memecut laju meninggalkan orang yang dilanggarnya itu.
Malangnya, perbuatan Tan Sri Helmi itu telah disaksikan oleh empat mata milik Haiqal yang merupakan suami kepada wanita yang dilanggarnya itu dan ibu kepada wanita itu iaitu makcik Zimah. Kesedihan, kecewa, sakit hati dan dendam penuh membara di dalam hati mereka kerana orang itu telah melanggar lari anak dan isteri mereka. Bermula di situlah dendam mereka bermula dan mula menyiasat latar belakang Tan Sri Helmi.
Sesungguhnya rumah agam itu memberikan kenangan pahit kepada Aizat berbanding kenangan manisnya bersama keluarga. Jadi, Aizat membuat keputusan untuk jual rumah agam itu dan berpindah ke rumah peranginan ibu dan bapanya yang tidak jauh dari situ kerana sesungguhnya agam itulah telah memberikan kesan negatif kepadanya, kerana agam itu jugalah tempat peristiwa hitam bagi wanita mengandung di langgar lari dan perisiwa hitam yang berlaku ke atas pembunuhan kejam ibu bapanya. Aizat percaya semua terjadi pasti balasan dari perbuatan yang dilakukan oleh ayahnya dahulu dan kini dia harus lebih mendekatkan diri dengan Tuhan memohon keampunan atas semua kekilafan yang dilakukan keluarganya.
“Rabbil fighli watubala innaka annta tawaburrahim, wahai Tuhanku, ampunkalah daku, terimalah taubatku, sesungguhnya Engkau maha penerima taubat dan maha penyayang.” ucap Aizat penuh syahdu dan air mata menitis satu per satu ke atas sejadah.