Aura Ten Hag Ceriakan Red Devils

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter

London – Pemain Manchester United termasuk Cristiano Ronaldo tersenyum dan gembira ketika latihan selepas Erik ten Hag dilaporkan bersetuju mengambil alih tugas di Old Trafford.

Pengendali Ajax itu dijangka menggantikan Ralf Rangnick pada penghujung musim ini.

Walaupun Red Devils berdepan kempen mengecewakan, kesemua pemain tetap bersemangat dan tidak menunjukkan tanda mengalah menjelang aksi Liga Perdana menentang Norwich City Sabtu ini.Kelmarin, Ten Hag dilaporkan bersetuju secara lisan untuk menjadi pengurus tetap United dan berita itu disambut baik pemain yang tampak ceria berlatih ketika dikendalikan Rangnick di Carrington semalam.

Ronaldo tersenyum lebar ketika pemain veteran itu memanaskan badan walaupun bintang Portugal itu menjadi tumpuan susulan insiden merosakkan telefon bimbit penyokong muda Everton selepas tewas 0-1 Sabtu lalu.

Rangnick turut dalam ‘mood’ baik ketika pengendali dari Jerman itu mengendalikan sesi latihan manakala Nemanja Matic sempat bergurau dengan Anthony Elanga dan Victor Lindelof.

Sumber: HARIAN METRO