COVID: Kes Sembuh Lebih Tinggi Berbanding Kes Baharu Semalam

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter

KUALA LUMPUR – Menurut Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, sebanyak 14,346 kes sembuh daripada jangkitan COVID-19 dilaporkan setakat semalam lebih tinggi berbanding kes baharu iaitu 9,705 kes.

Beliau berkata, daripada jumlah kes baharu dilaporkan itu ialah 9,675 adalah kes tempatan dengan 96.1 peratus melibatkan warganegara dan 3.9 peratus bukan warganegara, manakala 30 kes import terdiri daripD 83.3 peratus warganegara dan 16.7 peratus bukan warganegara.

“Sebanyak 331 kes COVID-19 dimasukkan ke hospital semalam dengan 146 kes atau 44.1 peratus adalah kategori tiga, empat dan lima manakala selebohnya 185 kes atau 55.9 peratus adalah kategori satu dan dua,” jelasnya.

Katanya, pesakit COVID-19 yang memerlukan alat bantuan pernafasan telah menurun kepada 81 pesakit semalam dengan peratusan penggunaan ventilator adalah sembilan peratus.

Mengenai fasiliti kesihatan khusus untuk kes COVID-19, Dr Noor Hisham berkata, tiada negeri yang mencatat penggunaan katil Unit Rawatan Rapi (ICU) melebihi 50 peratus manakala Putrajaya merekodkan penggunaan katil bukan ICU melebihi 50 peratus iaitu 53 peratus.

Sementera itu, Dr Noor Hisham juga berkata, terdapat 10 kluster baharu direkodkan semalam menjadikan jumla kluster yang aktif kini adalah 116 kluster. Menurutnya, kadar kebolehjangkitan COVID-19 atau nilai Rt dicatatkan di seluruh negara pula adalah 0.85.

Sumber: BERNAMA