Lebih Setengah Juta Kanak-Kanak di Malaysia Lengkap Vaksinasi COVID-19

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter

KUALA LUMPUR – Sebanyak 532,317 kanak-kanak berumur antara lima hingga 11 tahun atau 15 peratus daripada populasi itu telah melengkapkan vaksinasi mereka di bawah Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan Kanak-Kanak (PICKids) setakat semalam.

Berdasarkan laman web COVIDNOW, seramai 1,435,586 kanak-kanak dalam kumpulan sama atau 40.4 peratus telah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.

Bagi remaja berumur antara 12 hingga 17 tahun, sejumlah 2,879,410 individu atau 92.5 peratus telah lengkap divaksin, manakala 2,980,286 atau 95.7 peratus telah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.

Bagi populasi dewasa pula, sebanyak 15,991,811 individu atau 68 peratus telah menerima dos penggalak, 22,962,624 atau 97.6 peratus telah melengkapkan dos kedua, manakala seramai 23,239,599 atau 98.8 peratus telah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.

Sebanyak 60,923 dos vaksin diberikan semalam telah melibatkan 11,308 dos pertama, 44,100 bagi dos kedua dan 5,515 dos penggalak yang menjadikan kumulatif dos vaksin yang diberikan di bawah Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) sebanyak 69,808,665.

Menurut portal GitHub Kementerian Kesihatan, 16 kematian akibat COVID-19 dilaporkan semalam dengan Pulau Pinang merekodkan jumlah tertinggi iaitu empas kes diikuti Kedah dan Perak masing-masing tiga kes iaitu Johor dan Selangor mencatatkan dua kes, manakala satu kes masing-masing di Sabah dan Kuala Lumpur.

Sumber: BERNAMA