Peruntukan RM 1.5 juta Bagi Bantuan ‘One-Off’ kepada Anak Perantau Terengganu

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter

SERDANG – Kerajaan negeri Terenganu bersetuju akan menyalurkan dana khas ‘one-off’ kepada perantau Terengganu yang layak dengan peruntukan seejumlah RM1.5 juta. 

Pengumuman tersebut dibuat Menteri Besar Terengganu, Dato’ Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar pada Majlis Berbuka Puasa Anak Terengganu Di Perantauan Bersama Kepimpinan Kerajaan Negeri di MAEPS, Serdang semalam.

“Kerajaan amat menghargai peranan serta pencapaian anak Terengganu di perantauan yang menjadi duta kepada seluruh rakyat negeri”.

“Maka kerajaan memperuntukkan dana khas buat perantau secara ‘one-off’ berjumlah RM1.5 juta,” katanya dalam ucapan perasmian.

Turut hadir Setiausaha Kerajaan Negeri, Tengku Seri Bijaya Raja, Ahli-Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri, Wakil Sekretariat Kepimpinan Anak Terengganu Di Perantauan, Dr Nuri Al Amin Endut.

Mengulas lanjut, Ahmad Samsuri berkata, maklumat berkaitan permohonan boleh dirujuk pada sistem i-Bantuan kerajaan negeri bermula hari ini, 24 April.

“Insya-Allah, semoga bantuan i-Perantau ini dapat memberi keringanan kepada anak Terengganu perantau yang memerlukan.

“Kita anggarkan 5,000 ketua isi rumah akan mendapat manfaat daripada bantuan ini,” jelasnya.

Seramai 2,000 orang yang menjadi sebahagian daripada perantau Terengganu yang kini bekerja serta belajar di Lembah Klang diraikan dalam majlis tersebut.

Sumber: UNIT BERITA MANIS FM / Sumber foto: UPDI