KUANTAN – Sebuah kereta peronda polis (MPV) hangus akibat dibakar dalam kejadian amuk di Kampung Silicon, Nenasi Pekan.
Penolong Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang, Ismail Abdul Ghani berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian pada 11.47 malam.
Katanya, berdasarkan laporan, kebakaran itu dipercayai dilakukan seorang pekerja ladang yang mengamuk apabila sengaja membakar kenderaan itu.
“Setibanya di tempat kejadian, operasi pemadaman tidak dapat dijalankan serta-merta disebabkan faktor keselamatan.”
“Bagaimanapun, atas arahan Ketua Balai Polis Nenasi, anggota bomba dibenarkan untuk menjalankan operasi pemadaman selepas keadaan selamat,” katanya.
atanya, siasatan awal mendapati kemusnahan akibat kebakaran adalah 100 peratus.
“Pasukan bomba meminta bantuan Unit K9 untuk membantu siasatan kebakaran,” jelasnya.
Sumber: HARIAN METRO